Seorang lelaki dilaporkan terjatuh dan terbaring di sebuah stesen minyak di Batu Caves pagi ini dinafikan mempunyai kaitan dengan wabak Covid -19.
Itu yang dijelaskan oleh Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe yang berkata, lelaki itu tidak ada kaitan dengan wabak tersebut sebaliknya terjatuh akibat mabuk. “Kejadian itu dimaklumkan kepada kami kira-kira jam 10.30 pagi selepas tular satu video di media sosial. “Siasatan mendapati kejadian lelaki terbaring adalah dipercayai kerana mabuk, bukan Covid-19,” katanya kepada Harian Metro.
Selain itu, siasatan juga mendapati ada bau minuman keras pada badan lelaki itu selain kecederaan pada lututnya. “Lelaki berkenaan sudah dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut. “Polis memandang serius video tular terbabit yang mengaitkannya dengan serangan wabak Covid-19,” katanya. Pihaknya juga memandang serius kepada mereka yang sengaja menyebarkan berita tidak benar itu. - CARI
|
Rogue98 replied at 20-3-2020 05:25 PM
Omg...hahaha...ni mmg cari penyakit lah ni. Org suruh duk rumah diam2 kau pi minum todi sampai mabuk ...
elzy replied at 20-3-2020 09:53 PM
Dapat beberapa gambar lain selain dari gambar ni tapi selagi tak keluar berita dan takde pengesahan ...
teen_angelJB replied at 20-3-2020 09:57 PM
Grup family aku dok sebar gambo ni..mil aku lak tu..hazabbbb
ADVERTISEMENT