CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tunang Terkilan Tidak Tunaikan Permintaan Arwah Maya Matahari

23-3-2020 10:15 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 10161| Komen: 24|Original author: Straya



Kredit foto: Youtube mStar


Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita kematian celebriti muda Malaysia seperti arwah Abam dan Ashraf Sinclair. Rabu lepas sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kematian penyanyi Maya Matahari yang meninggal dunia akibat kanser.

Menerusi video youtube mStar, tunang kepada Maya, Muhammad Haziq Khairil menyatakan rasa kesal kerana tidak dapat menunaikan permintaan arwah untuk memakai cincin perkahwinan yang dibeli untuk penikahan mereka yang dirancang tidak lama lagi. 


Muhammad Haziq Khairil, Tunang Arwah Maya Matahari. Kredit foto: Youtube mStar


Menurut Muhammad Haziq, dia tidak membenarkan Maya atau Myanaliza Ruslee, 44, memakai cincin berkenaan kerana mahu menanti hari yang bersesuaian. 'Saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi permintaannya yang berhasrat untuk menyarung cincin pernikahan kami. Lebih tiga kali dia meminta, namun saya terpaksa tolak kerana belum tiba masa yang sesuai', kata Muhammad Haziq kepada mStar.

Muhammad Haziq juga mengatakan yang Maya pergi dengan mudah. 'Maya menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital dan sempat melafazkan kalimah syahadah', katanya lagi.

Mereka berhasrat untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini tetapi tidak kesampaian.

Menurut Muhammad Haziq, arwah Maya ada membuat perkara pelik iaitu menyebut bahawa dia akan meninggalkan tunangnya itu dengan kematian. Perkara itu disebut tiga hari sebelum beliau meninggal dunia.

Jenazah Maya dikebumikan di Kampung Setia Jaya, Machap, Johor selepas dimandi dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pagi Khamis. Alfatihah untuk arwah Maya. -CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 23-3-2020 10:20 AM
tiberrr... ok
Quote Ashna21 23-3-2020 10:27 AM
Mungkin bukan rezeki sebelum ni nk bersatu as husband n wife
Quote minah_selekeh 23-3-2020 10:50 AM
So terjawab la identity lelaki ni.. Aku pelik gak dia selalu ada dalam IG Maya.. Tapi Maya tak penah cakap husband/ tunang/ boyfriend.. Selalu caption pegi dating je..
Quote belilies 23-3-2020 10:56 AM
Napa iols rasa cam pelik je stetmen heols? Lagi lagi yg neh....

"Menurut Muhammad Haziq, arwah Maya ada membuat perkara pelik iaitu menyebut bahawa dia akan meninggalkan tunangnya itu dengan kematian. Perkara itu disebut tiga hari sebelum beliau meninggal dunia."
Quote Xim 23-3-2020 11:53 AM
belilies replied at 23-3-2020 10:56 AM
Napa iols rasa cam pelik je stetmen heols? Lagi lagi yg neh....

"Menurut Muhammad Haziq, arwah Ma ...

Ape yg peliknye?
Quote beatgirlX 23-3-2020 12:06 PM
belilies replied at 23-3-2020 10:56 AM
Napa iols rasa cam pelik je stetmen heols? Lagi lagi yg neh....

"Menurut Muhammad Haziq, arwah Ma ...

Maybe time tu ingat borak2 kosong..x de yg pelik disitu
Quote uda 23-3-2020 12:48 PM
Keanap dia kedekut sangat tak beri arwah pakai cincin tu?? Beri ajelah.. kan akan jadi milik arwah juga
Quote m2506 23-3-2020 12:59 PM
emmm daku pun terpk gak.. 3ari sblm maya pergi.. minta nk pakai cincin tu..

bg je la pakai kan... ko pun tau kan tunang ko sakit dah tu

apa la
Quote rayray28 23-3-2020 01:03 PM
Maybe dia nk suh maya kuat biarlah smpi bebetul2 jd laki bini br nk sarung..dia igt itu as motivation laa..tp yg maya plak maybe rasa dh xle bertahan..moga roh arwah di tempatkan dikalangan mereka yg beriman
Quote Straya 23-3-2020 01:42 PM

Kesian arwah Maya ni. Ada kawan baik pun tak berjumpa 13 tahun walaupun selepas tau dia sakit kanser. Ada tunang tapi tak bagi pakai cincin nikah walau bukan setakat hint, terus kot kata dia dah tak lama lagi. Apa la salahnya nikah cepat2. Gembirakan hari2 terakhir arwah sebab dah nazak. Blur sungguh mamat ni.
Quote bloodyamuk 23-3-2020 03:22 PM
Straya: Kesian arwah Maya ni. Ada kawan baik pun tak berjumpa 13 tahun walaupun selepas tau dia sakit kanser. Ada tunang tapi tak bagi pakai cincin nikah wala ...


setuju bab ni...

macam filem a walk to remember tu...

budak2 sekolah pun kawen tau
Quote biozipstar 23-3-2020 03:28 PM
yg penting sempat mengucap 2 kalimah syahadah
Quote pavlovachoc 23-3-2020 03:53 PM
Berape umur tunang arwah ni
Quote sukacactus 23-3-2020 03:56 PM
Sebab manusia xtau apa yg akan jadi
So xpayah la nak menyesal, terkilan bagai
Itu kan ketentuan Allah yg maha mengetahui
Quote Mulotkoyak 23-3-2020 05:05 PM
Bile nak mati bkn tau pun. Korang ni pun. Doa udah laaa
Quote Kebabomb 23-3-2020 05:11 PM
m2506 replied at 23-3-2020 12:59 PM
emmm daku pun terpk gak.. 3ari sblm maya pergi.. minta nk pakai cincin tu..

bg je la pakai kan... ...

Belum beli Cincin kot... maya je ingat tunang dah beli
Quote Cassieopeia 23-3-2020 05:13 PM
yela diapun tak sangka tu. maya nampak kuat lg walaupn ada sakit. ikutkn raya 2 bln lg kan..
Quote Pixie902 23-3-2020 06:09 PM
uda replied at 23-3-2020 12:48 PM
Keanap dia kedekut sangat tak beri arwah pakai cincin tu?? Beri ajelah.. kan akan jadi milik arwah j ...

Kannn...kedekut sgt...dah tau org tu ada kanser bagi aje lah...tak kesian ke sampai tiga kali dia minta nak pakai...kan dah ralat...
Quote supernaturalee 24-3-2020 02:07 AM
For me Klu dh terminally ill
Xyh lh kawen
Mcm selfish je
Xkesian ke kt psgn yg for sure meratap hiba lps kita pegi
Silap hr bln langsung xblh nk move on
Bkn dr segi move on utk pengganti...let's say after few years

Ni yg mmg xleh move on tahap mental pny

The point is anggap ms dh tiba
I need to prepare to go to the other side
I'm sorry....I have to go
Please find your new adventure

Mcm dlm filem up tu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.063823 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top