CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shah Iskandar Tampil Mohon Maaf Jual 'Test Kit' Covid-19 Di IG

23-3-2020 10:14 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 6345| Komen: 32|Original author: Oleh: intan

Pelakon Shah Iskandar nampaknya telah menarik perhatian netizen untuk dikecam kerana perlakuannya berkongsi kepada umum mengenai penjualan kit ujian pengesanan COVID-19 di Instagram miliknya, baru-baru ini.


Melalui postingnya itu, Shah, 38, turut memaklumkan bahawa dirinya negatif COVID-19 setelah menjalani ujian pengesanan menggunakan kit tersebut.


Kredit foto: IG

"Saya negatif COVID-19! Alhamdullilah. Saya jual kit ujian COVID-19 pada harga RM75. Sila buat tempahan sebelum Ahad ini dan penghantaran akan dilakukan selepas Selasa. Lakukan pemeriksaan ke atas diri anda dengan hanya di rumah," tulisnya.

Malah, dia turut melakukan demonstrasi penggunaan kit tersebut menerusi sesi Live di Instagram.

Walau bagaimanapun, tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dari kalangan netizen.


Kredit foto : Astro Gempak

Rata-rate netizen mengkritik tindakan Shah yang menjual alat ujian pengesanan tersebut selain mempertikaikan perbuatannya kerana telah melanggar undang-undang.

Berikutan itu, Shah kemudian memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di Live IG.

"Terima kasih kerana menyedarkan benda itu tak sepatutnya dijual," katanya.

Orang ramai yang menunjukan simptom COVID-19 diminta untuk terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bungarose 23-3-2020 10:26 AM
Jangan ambil kesempatan atas kesusahan orang. Sekarang bukan masa nak buat duit
Quote acikbajuhijau 23-3-2020 10:29 AM
Mcm pregnancy kit je dia guna tu. Hrmmm.
Quote otai_g 23-3-2020 10:32 AM
Lencai mana ni. Makikan aje.
Quote aemon 23-3-2020 10:34 AM
Ade juga org beli ke?dah la mcm pregnancy test.euww
Quote CardiGans85 23-3-2020 10:42 AM
Serupa pregnancy kit je. Mcm ni semua lelaki negatif {:give

Nk test pi hospital la..
Quote minah_selekeh 23-3-2020 10:46 AM
Elok la dia pun dah mintak maaf..
Quote Tinot7 23-3-2020 10:47 AM
Iols dgr ada home testing. Tepon doktor, pastu dia mai amik kat umah, rega RM700...
Quote belilies 23-3-2020 10:50 AM
Bukan testkits ni susah nak dapat ke? Cana heols dpt??

Btw, yg heran psl testkits tu roper preg testkits, so far iols nampak mmg mcm jenis cassette ni. Tp iols mmg heran cana heols dpt tu. Dahlah heols kan yg takde job sampai merayu dulu tu kan?
Quote aechae 23-3-2020 10:59 AM
Tinot7 replied at 23-3-2020 10:47 AM
Iols dgr ada home testing. Tepon doktor, pastu dia mai amik kat umah, rega RM700...

Ada... bleh g kt doctoroncall.com.my
Tp kna isi form dlu n tgk level of contact jugak...
Ini utk mudah kn org yg blk dr oversea, trus self kuarantin n xnk waste time n exposed keluar utk g screening kt hosp
Quote CiliPadiSedap 23-3-2020 11:05 AM
mohon PDRM tangkap mereka mereka yang ambil kesempatan time covid 19
Quote EJALTI 23-3-2020 11:08 AM
Mentang2 la bodoh tuh free....sesuka hati tunjuk bodoh merata2...
Quote MatDeghem 23-3-2020 11:42 AM
Kalau dia jual Di Singapore dah kena lock up mamat poyo ini
Quote Tinot7 23-3-2020 11:53 AM
aechae replied at 23-3-2020 10:59 AM
Ada... bleh g kt doctoroncall.com.my
Tp kna isi form dlu n tgk level of contact jugak...
Ini utk ...

Ok tengkiu. Iols dgr ada spital dan makmal yg offer drive thru testing. Itu pun bagus utk org2 yg takut2...
Quote aechae 23-3-2020 11:59 AM
Tinot7 replied at 23-3-2020 11:53 AM
Ok tengkiu. Iols dgr ada spital dan makmal yg offer drive thru testing. Itu pun bagus utk org2 yg  ...

Kna keluar rumah jugak kn klu cmtu...
Yg ni org dtg amek sample kt rumah cuma amek msa lh kot sbb mention ctu akn ada 1 day notice b4 dorg dtg...n result pn dlm 48-72hrs bru dpt
Quote beatgirlX 23-3-2020 12:05 PM
Mmg mcm pregnancy test dah rupa..
Tapi nasib baik dia ni ada skit je cerdik minta maaf dan sedar x leh jual mende2 merepek lepas kena kecam..
Tak la mendongak je pertahankan diri mcm FL
Quote Tinot7 23-3-2020 12:05 PM
aechae replied at 23-3-2020 11:59 AM
Kna keluar rumah jugak kn klu cmtu...
Yg ni org dtg amek sample kt rumah cuma amek msa lh kot sbb ...

Hehe.. iols tanya2 ni, iols tak buat pun.. hihi... saje nak tau..
Quote aechae 23-3-2020 12:11 PM
Tinot7 replied at 23-3-2020 12:05 PM
Hehe.. iols tanya2 ni, iols tak buat pun.. hihi... saje nak tau..

Kot klu ada duit lbih 700hengget mna tau saje nk test
Quote MadameOnion 23-3-2020 12:26 PM
sedih la hidup ko
Quote umbut 23-3-2020 12:36 PM
Sial betul ko ni... muka hensem dah macam mat dadih... jual benda bodoh... masa dia promote pun aku dah pelik... biar betul mamat ni.....covid ni kena ambil sampel dalam mulut sampai belakang hidung... ngeri aku tgk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049417 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top