Sikap mementingkan diri dan tidak sensitif segelintir rakyat Malaysia sememangnya mengundang kemarahan ramai. Mana tidaknya, kita mahu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dengan duduk di rumah, sebaliknya mereka sewenang-wenangnya ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.
Ramai juga golongan selebriti yang sudah tidak tahan dengan tindakan bodoh mereka ini. Terbaru, pelakon Lana Nordin menghamburkan kemarahannya terhadap mereka yang berisiko dijangkiti atau menjangkiti orang lain dengan virus maut itu. "Duduk je rumah buat masa ni sampai benda ni reda, tu pun susah... Nanti jadi macam Itali sampai undang-undang baru keluar, sesiapa yang didapati positif Covid-19 akan dihukum sebagai pembunuh," tulisnya. Lana yang berkongsi posting dari Instagram pengarah Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat kelihatan sudah muak dengan sikap penting diri mereka yang degil hingga bersetuju mereka layak dihukum sedemikian.
"Nanti ada pula suara 'Ala kalau Allah nak, aku kena kat umah ke mane ke nak kena kena jugak'. Kalau aku dengar orang cakap macam ni, memang aku hempuk cukup-cukup. "Memanglah takdir Tuhan yang tentukan. Sekurang kurangnya, kau berusaha supaya boleh mengurangkan keadaan, bukan keruhkan lagi keadaan," ujarnya. Lana menggesa orang ramai patuh perintah berkenaan kerana tidak mahu negara kita jadi seperti China yang dikenakan perintah berkurung. "Orang kita je tak reti nak belajar dengar cakap!"
|
aderaderker replied at 21-3-2020 12:12 PM
Minggu lepas bukan dia keluar gi Singapore ke?
Bawak anak2 lagi tu...
aderaderker: Minggu lepas bukan dia keluar gi Singapore ke?Bawak anak2 lagi tu...
aderaderker: Minggu lepas bukan dia keluar gi Singapore ke?Bawak anak2 lagi tu...
ADVERTISEMENT