Banyak pihak yang mula menunjukkan penghargaan dan juga peka dengan pengorbanan yang dilakukan oleh anggota keselamatan dan kesihatan yang bertugas ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.
Antaranya, restoran Pelita Nasi Kandar turut menyediakan makanan percuma buat mereka ini. Memetik laporan Harian Metro, restoran itu menyediakan makanan yang siap dibungkus dan boleh didapati di semua cawangannya buat semua anggota keselamatan, kakitangan kesihatan dan termasuk juga petugas media dan agensi berkaitan. Hal tersebut dijelaskan oleh Pengarah Eksekutif Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd, Datuk K K Sihabutheen dalam satu kenyataan. “Mereka diminta mengemukakan kad kuasa atau kad media sewaktu mengambil makanan percuma itu.
“Pelita Nasi Kandar mengambil kesempatan merakam penghargaan dan berterima kasih kepada semua petugas yang terbabit dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 ini,” katanya. Semalam, kakitangan Pelita menyampaikan sumbangan nasi bungkus dan minuman kepada petugas di Hospital Seberang Jaya. - CARI
|
ADVERTISEMENT