CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19: BoJo Tak Bagi Rakyat Jumpa Ibu Sempena Hari Ibu

23-3-2020 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2802| Komen: 16

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberi amaran kepada rakyat negara itu supaya menjaga jarak sosial berikutan peningkatan kes Covid-19 sempena Hari Ibu.

Beliau meminta orang ramai tidak menyambut Hari Ibu pada Ahad bagi membendung penularan pandemik itu.



Foto: BBC

Dalam satu surat terbuka, Boris meminta rakyat Britain supaya menjaga jarak dengan ibu masing-masing bagi mengelak risiko menjangkiti atau dijangkiti virus itu.

"Saya tahu kalian sudah merancang sesuatu istimewa sempena Hari Ibu. 

"Saya tahu kalian mahu melawat ibu masing-masing dan menghabiskan masa bersama untuk menunjukkan kasih sayang terhadap mereka," serunya.

Sebaliknya, Boris menyarankan orang ramai menghubungi ibu mereka menerusi telefon, panggilan video, mahupun aplikasi komukasi lain seperti Skype.

"Saya bimbang jika ibu kalian merupakan warga emas atau mempunyai sistem ketahanan tubuh yang lemah kerana statistik menunjukkan mereka cenderung meninggal dunia akibat Covid-19. 

"Kita tidak boleh menafikan bahawa pandemik ini benar-benar mengancam kesihatan dan keselamatan rakyat di seluruh dunia," katanya.

Melihat jumlah pertambahan kes, Boris memberi amaran bahawa United Kingdom kini berada dua atau tiga minggu di belakang Itali. 

"Jika kita tidak bekerjasama melakukan usaha secara kolektif, saya bimbang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) tidak akan menang tangan apabila menerima lebih ramai pesakit Covid-19," katanya. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bloodyamuk 23-3-2020 05:42 PM
Ekekeke jadi BoJo plak...
Quote shernazz 23-3-2020 06:15 PM
Astaga
Lain macam plak panggil bojo ni
Quote Scheherazade 23-3-2020 06:58 PM
Nickname diaaaa
Quote Artemesiaa 23-3-2020 06:59 PM
Guna je teknologi terkini paling2 guna skype je dalam situasi semasa bahaya jika ada perjumpan social
Quote Orix 23-3-2020 07:00 PM
ya tohannn iols bru kenal PM Britain, awat mcm gelandangan rambut heols
Quote L_Z 23-3-2020 08:10 PM
Muka serabai..asyik gadoh dgn partner/gf/Bini kot skg...lagi serabut sejak Bini dia ngandong
Quote messyjet 23-3-2020 08:18 PM
UK masih xlockdown wpun byk kematian
Kebanyakan hotel UK skrg xmo refund semua bagi travel credit aje

Habis pitih sbb corona.suppose g mid April tpi mmg xkan pergi la takuttt
Quote giyomi 23-3-2020 08:27 PM
akak tak baca artikel tp akak setuju klu dilarang jumpa mak bapak time camne. bukan apa, akak tak sanggup org yg akak syg dpt penyakit dari akak. org tua immune tak kuat, akak tak sanggup.
Quote VirusCinta 23-3-2020 08:29 PM
Heols macam smell good
Quote RatuDunia94 23-3-2020 09:08 PM
Abis,
Muhyidin Yassin - MuhSin
Najib Razak - Nazak
Mahathir Mohamed - Mahad
Quote LautBiru52 23-3-2020 09:13 PM
Sikat mane sikat?
Quote Melur1 24-3-2020 03:05 AM
Orix replied at 23-3-2020 07:00 PM
ya tohannn iols bru kenal PM Britain, awat mcm gelandangan rambut heols

ni rambut kira lawa tau. biasanya lgi teruk dari ni
Quote Tinot7 24-3-2020 04:07 AM
ok... next soh depa jgn gatai2 berkumpul ramai2
Quote Nes3in1 24-3-2020 08:39 AM
Nampak busuk
Quote hayrin86 24-3-2020 09:24 AM
Takyah terus sambut Hari Ibu/Hari Bapa/Hari Guru/Hari Kekasih/Hari Pekerja pun tak apa.. Bagi rakyat sesebuah negara cukuplah hari kemerdekaan negara masing2.
Quote biozipstar 24-3-2020 10:18 PM
bojo tu dlm bahasa jawa, maksudnya bini. kahkahkah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.354821 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top