Kredit foto: I Am Lejen Pada Ahad lepas, Datuk Alha Alfa atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 32, mendedahkan melalui Instagram bahawa dia telah berpisah secara baik dengan bekas isteri, Noor Azlin Ismail, 23. Mereka yang berkahwin pada 28 September tahun lalu di Taiping, Perak bercerai hanya selepas enam bulan melayari bahtera rumah tangga. Menerusi status IGnya, Alha menyatakan punca penceraiannya adalah kerana sikap cemburu bekas isterinya itu. Dalam status sama, Alha juga berkata, dia hampir menjadi bapa sebelum bekas isterinya mengalami keguguran. Pendedahan Alfa Alha mengenai sikap bekas isterinya itu mengundang keceman netizen kerana menganggap jurusolek itu membuka aib Azlin.
Azlin tidak lama kemudian, memuat naik status IG yang menimbulkan tanda tanya netizen. Menerusi komen balas Azlin kepada salah seorang pengikut, dia menafikan dakwaan dirinya pernah hamil dan keguguran. "Tak ada la, saya tak pernah mengandung," katanya. Kredit foto: Instagram arelin_ismail Selepas dikecam kerana membuka aib bekas isterinya, Alha berkata yang dia tidak kisah dengan kecaman kerana dirinya sudah penat menanggung semua itu seorang diri. Alha kecewa apabila segala kebaikan yang pernah dilakukan tidak dipandang. Kredit foto: Insta Story alhaalfa "Kenapa orang yang aku sayang pun sanggup menipu? Sanggup nak jatuhkan maruah aku dekat orang? Sanggup nak malukan aku dekat semua orang?" tulisnya. Alha Alfa mendedahkan beberapa pesanan whatsapp bekas isteri kepada dirinya sebagai 'bukti' yang Azlin pernah mengandung. Kredit foto: Insta Story alhaalfa Dia juga turut memadam posting berkaitan penceraian itu supaya bekas isterinya meneruskan kehidupan tanpa gangguan orang luar. "Saya padam bukan sebab saya takut, tapi cukuplah beberapa orang sudah baca dan tahu situasi yang berlaku. Saya tak nak bekas isteri terganggu dan biarlah tamat begini kisah kami," jelasnya. Sejak awal, Alha sepatutnya mengumum secara ringkas berkenaan penceraiannya dan tidak menyentuh tentu punca cerai. Harap kedua-dua belah pihak berhenti membuat kenyaatan supaya keadaan tidak bertambah keruh. Doakan mereka menemui kebahagian selepas ini. - CARI
|
ADVERTISEMENT