Ketika negara dilanda musibah, petugas kerajaan dan kesihatan tidak berhenti berkhidmat di barisan hadapan demi kesejahteraan masyarakat. Mereka bertungkus-lumus mengawal Covid-19, bahkan barisan menteri turut turun sama mengedalikan isu ini.
Sebagai Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, YB Khairy Jamaluddin terpaksa menyambut ulang tahun kelahiran anaknya dalam jarak tertentu bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Beliau yang perlu bertugas di luar tidak terus meluru ke arah anaknya ketika pulang dari kerja dan hanya berada di sebalik kaca sambil tersenyum memandang puteranya yang genap berusia lima tahun, semalam. Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ meluahkan bahawa beliau berasa agak sedih kerana tidak dapat memeluk dan mencium anaknya. Mereka hanya memandang sesama sendiri di sebalik tingkap kerana beliau baru pulang dari kerja di luar dan bimbang terdedah dengan sebarang wabak. Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir buat anaknya dan berterima kasih kepada KJ. Mereka juga turut sempat mendoakan kesejahteraan Malaysia agar segala wabak yang melanda dunia akan berkurangan dan memudahkan segala urusan kehidupan selepas ini. - CARI
|
Kurex replied at 24-3-2020 10:16 AM
Tolong la kemaskan sikit janggut tu
Kurex replied at 24-3-2020 02:16 AM
Tolong la kemaskan sikit janggut tu
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:34 AM
Patotla apaknya serabai. Ni anak pon dibiorkan rambut panjang ngan menggerbang gitu. Aku ingat anak ...
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:32 AM
Kurex tak nak tolong ke? Sambil duduk di ribaan..
TabletSusu replied at 24-3-2020 10:32 AM
haishhh.. dia tgh best jd sivaji malaysia tu. esok2 dia boring, dia tukarlah style. @Kurex x minat ...
miss_strangers replied at 24-3-2020 10:38 AM
La...I pon ingat anak gugurl
Kurex replied at 24-3-2020 10:42 AM
Ok so yesterday.. sekarang abg sed sadiq yakni sed dolah
Kurex replied at 24-3-2020 10:16 AM
Tolong la kemaskan sikit janggut tu
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:46 AM
Syed dolah body aum but muka so so. Adik heols pulak terlebih jambu. Genetik itu aneh bukan.
mizzmimi replied at 24-3-2020 10:32 AM
Kurex tak nak tolong ke? Sambil duduk di ribaan..
ADVERTISEMENT