Setiap orang punya aktiviti tersendiri mengisi masa lapang sempena cuti COVID-19. Ahmad Fathil Zakaria menerusi F@cebooknya berkongsi momen beliau mengubahsuai bilik tidurnya dengan konsep kapal angkasa. Hasilnya sungguh luar biasa. Loading FB Post... Ini namanya PROJEK PERUMAHAN TERBANG, aku nak transform bilik sekecil 68sq/ft menjadi SPACESHIP!!
Beliau mulakan dengan lakaran saiz keluasan bilik, pintu dan siling. Seterusnya beliau mula melukis bahagian siling seperti berada di ruang angkasa lepas. Kemudian beliau membuat lakaran dinding kapal angkasa. Ini hasilnya setelah dinding siap. Cantik kan? Fathil menambah lampu led yang boleh bertukar warna menggunakan alat kawalan jauh untuk kelihatan lebih realistik. Hasil akhir bilik yang telah diubah suai adalah seperti berikut: "Aku bawak masuk katil, nak kan feel tidur dalam spaceship. Katil dah simpan, aku bawak masuk barang-barang art buat tempat cari idea untuk job-job mural akan datang. Harap akan datang idea yang aneh-aneh." kata Fathil Wargamaya turut mengagumi hasil kerja dan kreativiti Fathil. |
ADVERTISEMENT