Seorang pramugari yang mempunyai simptom Covid-19 disahkan melarikan diri dari Hospital Parit Buntar, Perak, petang Isnin, lapor mStar Online. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob.
"Kita terima laporan daripada pihak hospital. Buat masa ini kita tengah menguruskan perkara ini. "Dia kini sedang dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar (Perak). Itu maklumat terakhir yang saya boleh kongsi setakat ini," katanya. Bagaimanapun, wanita itu belum disahkan positif Covid-19, sebaliknya hanya menunjukkan gejala jangkitan virus berkenaan. Sebelum ini, tular laporan polis mendakwa pramugari dengan simptom Covid-19 melarikan diri ketika ditempatkan di bilik isolasi Hospital Parit Buntar untuk saringan. Katanya, dia melarikan diri dengan abangnya selepas menolak untuk dimasukkan ke wad Hospital Taiping. - CARI
|
munchkin replied at 24-3-2020 05:40 PM
Kenapa tutup muka. Mcm mana nak cari!!!!!
TravellingBear replied at 24-3-2020 05:49 PM
Masa berita ni ditulis, abg dia dah bawak dia ke Hosp Parit Buntar semula
Dia tknk pegi wad iso ...
Megikari replied at 24-3-2020 09:59 AM
Airline mana tu? Sila pecat staf bodoh macam ni
HannahMontana replied at 24-3-2020 05:57 PM
Di Penang lebih 1 ribu org kena convid + tp xmahu dapatkan khidmat kakitangan hospital Melayu,kat ...
ADVERTISEMENT