CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Covid-19 Buka Hati Ernie Zakrie Berhijab

25-3-2020 11:04 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 7499| Komen: 36|Original author: Oleh: Ceteria Hukama

Kredit foto: Instagram Ernie Zakrie




Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19 yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu menjadi penggerak kepada penyanyi genit, Ernie Zakri untuk berhijab.

Ernie, 28, mengumumkan penghijrahan tersebut menerusi laman Instagramnya pada 24 Mac.

Juara Bintang RTM 2009 itu berkata, sudah lama dia menyimpan keinginan untuk berhijab dan hasrat itu semakin memuncak saat sedang diuji bersama rakyat Malaysia yang lain dengan pandemik Covid-19.

"Saya pernah berjanji dalam diri, tahun 2020 akan menjadi titik penghijrahan. Memang sudah terdetik dalam hati, saya mahu berubah menjadi lebih baik sebelum menunaikan ibadah umrah pada penghujung tahun lalu.


"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan tersusun cantik pada saat saya berehat daripada kerja seni akibat situasi penularan wabak Covid-19," katanya kepada Berita Harian Online.

Menceritakan detik-detik bertudung, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah memberitahu, niatnya itu telah dimaklumkan kepada ibunya menerusi aplikasi Whatsapp jam 2 pagi pada 23  Mac lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Ku Bersuara' itu berkata, berita tersebut amat menggembirakan ibunya yang ketika itu berada di tingkat bawah rumah mereka.




"Saya akui ada dalam kalangan ahli keluarga terkejut apatah lagi sewaktu kerjaya seni saya sedang meluncur laju ketika ini.

"Apa pun tiada apa yang akan berubah di sebalik penghijrahan ini. Saya akan terus menyanyi dan bakal muncul dengan video muzik terbaru, Gundah pada 27 Mac ini," katanya.

Semoga Ernie istiqamah. - CARI
4

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 25-3-2020 11:25 AM
alhamdulliah semoga istiqomah
Quote Megikari 25-3-2020 11:47 AM
Comel dia ni, macam budak baru habis upsr
Quote helicornia 25-3-2020 12:07 PM
alhamdulillah
Quote nura19 25-3-2020 12:26 PM
Alhamdulillah moga istiqomah ye...manis je
Quote bonggo 25-3-2020 12:36 PM
Ernie do something kat bibir dia ke. Nampak tebal dlu nipis je. Boh filler ke
Quote beatgirlX 25-3-2020 12:47 PM
Alhamdulillah Ernie..semoga istiqomah...
Jaga diri dan keep cute as always
Quote Kurex 25-3-2020 12:59 PM
Ok...........  Orait... Yelah.... Next
Quote Kurex 25-3-2020 01:00 PM
Makin berisi kak peah yakni mak erni sekarang
Quote arffa 25-3-2020 01:04 PM
Alhamdulillah, semoga terus istiqomah
Quote Armand2018 25-3-2020 03:11 PM
Alhamdulillah
Quote Noraniza_Iblis 25-3-2020 03:14 PM
benda wajib buat pun kene inform ke sizzzz??
kan ke bagus.. kalau nyahtizenn yg perasan perubahan chuols..
try hard always sheols ni
Quote unguaurora 25-3-2020 03:15 PM
Plis dont warm2 chicken shit
Quote timah03 25-3-2020 03:29 PM
bonggo replied at 25-3-2020 12:36 PM
Ernie do something kat bibir dia ke. Nampak tebal dlu nipis je. Boh filler ke

Bak kata dia..... Sebab make up sajo.... Lukis bibir bg tebal....
Quote miracle_forever 25-3-2020 03:29 PM
ELok laaa...tapi mcm too soon. JGn lps setahun dua start pakai turban la, topi la...tunjuk jambuul la.
Quote minah_selekeh 25-3-2020 03:50 PM
Comel! Moga istiqomah ya, Ernie..
Quote minah_selekeh 25-3-2020 03:51 PM
miracle_forever replied at 25-3-2020 03:29 PM
ELok laaa...tapi mcm too soon. JGn lps setahun dua start pakai turban la, topi la...tunjuk jambuul l ...

Betul tu.. Semoga tak downgrade tudung..
Quote leftrani_kel 25-3-2020 03:56 PM
Edited by leftrani_kel at 25-3-2020 03:57 PM

Alhamdulillah..bagus2..tp nape bgtau pkai wasap sedangkan mak dia serumah ngan dia...ckp mulut blh kot..
Quote mamastoney 25-3-2020 04:28 PM
Hari tu pakai tudung, dan2 hari tu juga ko nak tunjuk dan declare kat ig. Jngan jd mcm Liyana Jasmay dan Sara Ali, duk bgtau dpt hidayah, Allah jentik hati bla bla bla, tup2 sekejap je tudung pun terbang. Buat la tnpa perlu declare apa2 mcm Sharifah Shahira tu...
Quote gorjeous 25-3-2020 04:42 PM
Alhamdulilah.. lebih manis bertudung..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.111782 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top