CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Derma Salah, Tak Derma Pun Salah. Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang - Alif Syukri

28-3-2020 10:32 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 5841| Komen: 29|Original author: Straya

Kredit foto: Xtra

Baru-baru ini, pihak Kesihatan Awam Malaysia (Public Health Malaysia) ada memohon bantuan kepada Datuk Seri Aliff Syukri untuk mendapatkan 200 alat bantuan pernafasan tambahan dalam membantu usaha membendung Covid-19. Ada dakwaan yang mengatakan dia tidak memberikan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan dan berhadapan dengan penyakit wabak Covid-19 ini.

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris

"Susah saya nak puaskan hati orang. Assalamualaikum kepada semua sahabat media sosial saya. Saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen. Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah, " kata Aliff Syukri dalam status instagramnya.

Pengusaha produk D'herbs ini menjelaskan dia sudah menghulurkan bantuan berpuluh ribu ringgit namun tidak menghebahkan perkara itu kepada orang ramai. Dia tidak mau dikata riak serta menunjuk-nunjuk sekiranya bantuan itu dihebohkan.

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris

"Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yang susah dalam penyakit Coronavirus ini? Dan orang mengatakan saya tidak membantu.Saya meriak dan sebagainya. Sebenarnya korang nak apa?" soal Aliff Syukri di dalam Instagram.

Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila segala kebaikan yang dilakukan sentiasa dipandang serong oleh segilintir masyarakat.

Bagaimanapun, Aliff Syukri berkata dia tetap ingin menderma kepada orang ramai yang memerlukan bantuannya. Dia berkata akan menyediakan tambahan RM30,000 untuk mana-mana pihak yang memerlukan dengan meninggalkan komen di Instagramnya. Dia turut memberikan nombor telefon pengurusnya untuk dihubungi oleh pihak Kesihatan Awam Malaysia.

Serba salah dibuatnya. Jika menghebohkan pemberian derma,dia dikatakan menunjuk tetapi jika diam,dikatakan kedekut dan tidak menolong pula. Apa pun,sifat dermawan Aliff Syukri patut dipuji. Janganlah kita mempertikaikan setiap tindakan dia hingga tawar hati untuk menderma  lagi selepas ini.-CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 28-3-2020 10:57 AM
cronola kau panggil
Quote nolya 28-3-2020 11:17 AM
Betul tu Datuk Alif.  Sbg celeb yg sentiasa jadi sorotan dn nilaian masyarakat, memang susah nak puaskan hati masyarakat ramai. Buat baik salah, buat khilaf lagilah salah. Masyarakat akan ingat dan lebih terkesan bila Datuk buat khilaf walau terlajak sedikit pun, akan dituduh riak atau pun kedekut. Bila beramal, sembunyikanlah amalan shnga kanan kiri tak tau apa yg tangan hulurkan. Tak perlu diwar2kan kerana itu riak namanya. Kalau pula dikata tak beramal, tak bersedeqah, pedulikan saje kerana segala amalan Datuk tak perlu diiktiraf ummah, ttpi Allah tau apa yg Datuk jariahkan. Jawab je "Ya,  sudah, saya ada ikut berkontribusi".  Cukup, setakat pengakuan begitu, tak perlu nak sebut berapa, bla, bla, bla... Barangkali Datuk Alif kena belajar cara bersilat kata ketika ditanya atau diwawancara. Dn tak perlu memberitahu kpd hal2 yg tak perlu.


Quote CatMiow 28-3-2020 11:53 AM
Siapa suruh nak jadi selebriti? Nk jadi terkenal ternama tersohor...

Dah namanya selebriti maksudnya kamu kena korbankan privisi kamu... Kerana apa yg kamu buat tak akan lepas dari sorotan mata masyarakat.  Apa kamu buat baik mahupun buruk akan dinilai oleh masyarakat mengikut kacamata mereka. Hati manusia sukar dipenuhi,  penuhi hati sendiri,  jika kita mengharap redha manusia,  insha Allah,  hidup tak akan bahagia..

Bila kamu memilih untuk menjadi ternama,  jangan harap semua akan memuji kamu,  menyokong kamu...  Tetap akan ada pihak yg akan mengkritik dan membenci kamu.

Jangan kerana kamu kaya,  semua akan mendamba kekayaan mu...  Ada yang menilai dari sudut lain...  Ada yg menilai dari mana sumber kekayaanmu,  berbaloikah perniagaan begini jadi semewah begini,  berapa sumbangan cukai pada negara......
Quote ajinomotonosuga 28-3-2020 12:00 PM
Kamu beri apa termampuuu udah ler alif oiii..

Pastu pii cipta lagu haa..upload utube .tgk sedap tak

Toksah kisah komen sme tu..bnykkk lagi baik bleh buat..makkk ada..bini ada..anak ada...bisnes adaa..kawan adaa...mcm mcm bleh buat

Yg penting tuhan redha pe ko buat n mesti ikhlassss..unconditional

Masuk sorga hanya dari redha Allah swt hatta Rasulullah saw..bukan amalan ko..pahammm?

Amalan tu nnti tentukan darjat ko..klo amalan di sertai ILMU..ko tau faham apa ko amal..tinggiii darjat ko dlm sorga haaa..

Yg penting tuntut keredhaan tuhan..takat manusia kentut berak busuk hensem or lawa mana  pun...haku tak hadap hatta sebeso virus covid ok??

Letihhh layan ngader ko..ko tu jantannn buat cara jantan !! Jgn mcm pondan gemok molot longkang tuh ok??
Quote seramado 28-3-2020 12:15 PM
Hi everything
Quote doubleA 28-3-2020 12:27 PM
Cronola kepala hangguk ko
Quote Melorqe 28-3-2020 04:28 PM
kalau betul dah bagi tu ko tak yah la meraban up balik cerita tu
atau ko sengaja je kan buat posting tu sebab derma ko org KKM tak viralkan?

lagi satu aku tengok ko nak bg makanan kat abang polis sampai berduyun2 staff  ko angkut.
dgn tukang kamera nya la. tak faham betul aku.

dan satu lagi alip, apa kata ko gi hantar je kfc kat family abam polis dah staff fronlinres yg lain tu, lagi diaorang suka anak2 diaorang happy  .
Quote Sham143 28-3-2020 04:31 PM
Alhamdulillah.. Support dato 100%
Quote damsel_fiji 28-3-2020 04:39 PM
Public health malaysia tu pon kenapa bangang sgt petik nama si setan ni..pe lagi si belut ni kesempatan lah nk meroyan ambil kesempatan atas publisiti murahan ni..pandai2 la KKM carik sponsor, x pyh la memandai2 bagi pihak dorang

acah2 la salah eja cronola konon..sanggup nampak bangang sbb kekonon nak lain dari yg lain
Quote giyomi 28-3-2020 05:02 PM
daripada ini pon dah nampak riak, klu betul dah ada niat membantu, bantu jer secara diam, biar Allah jer tau kesucian niat ko, ni tak siap bawak kamera kru tuk rakam ko beri sumbangan bagai...so euwww
Quote Melur1 28-3-2020 06:54 PM
bak kata lailer.. derma salarrs tak derma pun salarss
Quote aderaderker 28-3-2020 07:07 PM
Cronola?
Granola?

Tatau yg mana satuuuuuu...
Quote fealefea 28-3-2020 07:12 PM
Di plan nk live n kutip view utube utk sumbangan derma. Hasil akan disumbang ke KKM. Mmgkan, nk scam org gak dlm nk menyumbang tu.
Quote elnor_81 28-3-2020 07:52 PM
Mslhnya dato..bg derma ke bini arwah abam,kemain ko buat live..nape bg bantuan kali ni ko x buat live?bru la org tau ko menderma...
Quote makneng 28-3-2020 09:23 PM
xAthenax replied at 28-3-2020 11:10 AM
bila baca cronola yang ditulis
teringat pula


Umur virus covid 19 tahun ye.. Haduiii.. Palui sungguh! Haha
Quote inspektoremos21 28-3-2020 09:26 PM
Kau ingat minyak canola ke
Quote Rapz 28-3-2020 09:30 PM
Video & yoad youtube...?

Ape benda yoad tu?

Load...?
Toad...?

Aduh!mabuk baca caption tok lip nie
Quote crazybeach 28-3-2020 11:07 PM
gigih iols gugel natang hapa pulak virus cronola ni? kekdahnya virus baru berasal dari croissant + granola gituh?



Quote LadyCarefree 28-3-2020 11:23 PM
fealefea replied at 28-3-2020 06:12 PM
Di plan nk live n kutip view utube utk sumbangan derma. Hasil akan disumbang ke KKM. Mmgkan, nk scam ...

Scam je. Lg pon bnyk duit kan? Bg je la.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.039129 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top