Permintaan terhadap topeng muka dan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer pada ketika ini sangatlah tinggi membuatkan harganya melambung dan kadangkala tidak masuk akal. Lebih parah, topeng muka dan hand sanitizer turut dicuri di hospital, menimbulkan persoalan di manakah hati perut dan tanggungjawab si pencuri sebagai rakyat Malaysia? Terbaru, seorang doktor (Dr Mahyuddin) ada memuat naik dua gambar di Twitter yang menunjukkan hand sanitizer di hospital mereka sekali lagi dicuri. Lebih mengejutkan, pihak hospital sudah mengikat hand sanitizer tersebut dengan kabel wayar, namun telah dipotong oleh si pencuri. Kecewa dengan situasi ini, Dr Mahyuddin ada menerangkan betapa pentingnya fungsi hand sanitizer kepada petugas hospital. Di hujung penjelasannya, Dr Mahyuddin memohon agar kejadian ini tidak berulang lagi kerana ianya adalah harta kerajaan dan penting untuk petugas hospital. Dalam saat getir ini, usahlah kita menyusahkan pihak frontliners. Semoga Malaysia segera bebas daripada Covid-19! - CARI
|
ADVERTISEMENT