Kehilangan seseorang yang disayangi sangatlah perit untuk dihadapi, lagi-lagi apabila seseorang itu pergi ketika bersama dengan kita. Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan telah maut selepas terjatuh dari tingkat 16. Menurut siasatan awal, mangsa dipercayai telah bermain seorang diri di dapur dengan memanjat kerusi dan mesin basuh, kemudian terjatuh ke luar di ruang pagar belakang rumah. Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Redzuan yang menyatakan kejadian ini berlaku di Flat Sri Perak, Sentul. Lebih menyayat hati, terdengar suara jeritan di video tersebut seolah-olah sedang menangisi pemergian kanak-kanak itu.
Video ini mendapat reaksi sedih netizen yang turut menumpang simpati dengan apa yang terjadi. "Budak-budak memang kena pantau setiap saat" "Bunyi perempuan tu menjerit..." "Daripada suara tau rasa kesal yang sangat dalam" "Sedihnya dengar akak tu jerit" Diharapkan kejadian ini boleh dijadikan iktibar buat anda di luar sana agar sentiasa mengawasi anak-anak, terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.-CARI |
ADVERTISEMENT