Kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi sehingga hampir pukul 7 pagi di mana lelaki itu hanya menutup muka dipercayai menggunakan baju itu dilihat berjalan di belakang dan perkarangan rumah penduduk tanpa tujuan.
Seorang penduduk, Shaarani Ismail, 42, menyedari kejadian itu selepas berlaku beberapa insiden di mana CCTV rumah penduduk ditutup dengan kain dan tingkap bilik air dibuka dari luar.
Beliau kemudian memeriksa CCTV di rumahnya dan terkejut apabila melihat terdapat rakaman lelaki bogel berkeliaran di belakang dan perkarangan rumah. "Menerusi CCTV, saya tidak nampak lelaki itu memegang apa-apa senjata dan dia dilihat hanya berjalan mundar-mandir sahaja.
"Apabila saya periksa keadaan persekitaran rumah, tiada barang-barang yang hilang atau kesan rumah dipecah masuk," katanya memetik laporan Perak Gazette. Shaarani mengesyaki lelaki tersebut adalah lelaki warga asing yang imejnya dirakam berjalan seorang diri sebelum kejadian. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri mengesahkan telah menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek. Warga maya turut menzahirkan kebimbangan mengenai insiden itu namun sebahagian dari mereka masih boleh bergurau mengenainya. Terhibur juga baca komen mereka. Harap pihak polis dapat menangkap suspek dengan segera sebelum insiden buruk berlaku.-CARI |
ADVERTISEMENT