Tempoh untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April, itu yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemakluman pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.
Memetik laporan Harian Metro, beliau diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara yang memaklumkan trend semasa menunjukkan kes positif Covid 19 yang baharu masih berlaku. "Trend ini dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.
"(Jadi) Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. "Pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka sehingga sekarang. “Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak mengurusnya," katanya.- CARI
|
Aai2 replied at 25-3-2020 05:34 AM
Ya baru dgr PM berucap ... please follow arahan KKM dan kerajaan...kita semua nak wabak ni berakhir ...
syadq replied at 25-3-2020 05:38 AM
Mereput la kat rumah. Takde mood nak buat kerja.
nazzse replied at 25-3-2020 01:42 PM
patut awal2 ada buat kelakar rupanya nak inform lanjut RMO..tapi sejuk dengar pm baca doa tu..seju ...
sarah82 replied at 25-3-2020 05:42 AM
Tak apa la.. Utk kebaikan semua.
Duta lover replied at 25-3-2020 05:44 AM
Rasanya da boleh start puasa sunat.
Stopla asik makan...bermewah2
jiwakacau06 replied at 25-3-2020 05:48 AM
aku harap polis dan tentera boleh start tegas atasi mslh bingai2 xfaham bahasa MCO tu apa...
nazzse replied at 25-3-2020 05:45 PM
Kan sarah, harap yang selfish tu boleh fikir mcm ni lah
ADVERTISEMENT