Dua remaja bawah umur antara tiga remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini berhubung kegagalan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). BH Online melaporkan, remaja berusia 15 tahun menghalang penjawat awam menjalankan tugas sewaktu penguatkuasaan PKP dilaksanakan.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK). Malah, dia juga didakwa kerana memandu tanpa lesen selain cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya. Sementara itu, Lim Chun Hoe, 19, dan seorang remaja berusia 16 tahun didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh pada 22 Mac lalu menaiki kereta dipandu remaja berusia 15 tahun terbabit menuju ke Jalan Air Kuning dari Taman Sungai Mas jam 3 pagi.
Chun Hoe berdepan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Majistret Adibah Abdul Kadir menetapkan 4 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes terhadap Chun Hoe dengan kehadiran jurubahasa berdialek Hokkien memandangkan tertuduh tidak begitu memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu. - CARI
|
kasibiman replied at 25-3-2020 05:18 PM
Bawah umur kan?
Mohon mahkamah jatuhkan hukuman lempang mak Bapak depa sekali
ADVERTISEMENT