Seorang remaja lebih rela membunuh diri daripada mengasingkan diri untuk membendung penularan Covid-19.
The Sun melaporkan, Emily Owen, 19, meninggal dunia di hospital selepas mencuba untuk membunuh diri kerana takut hidup dalam pengasingan diri bagi mengelak jangkitan wabak itu.
Difahamkan, Emily dari Kings Lynn, Norfolk tidak sanggup sekiranya semua rancangannya terpaksa dibatalkan dan hidup terkurung dalam rumah. Beberapa hari sebelum cuba membunuh diri, gadis itu memberi amaran kepada keluarga dan sahabat handai bahawa 'Lebih ramai akan mati akibat membunuh diri daripada virus itu sendiri'. Menurut keluarganya, Emily bimbang dengan ancaman pandemik itu dan tahap kesihatan mental akibat pengasingan diri. Emily dilaporkan meninggal dunia di hospital pada Ahad selepas ditemui dalam keadaan kritikal pada 18 Mac lalu. Keluarganya mengesyaki punca gadis itu membunuh diri adalah kerana 'takut kepada benda yang tidak diketahui'. Menurut kakaknya, Annabel, 21, Emily disahkan menghidap autisme empat tahun lalu dan mengalami masalah menyesuaikan diri dengan norma sosial. - CARI
|
Ferr_Remy replied at 25-3-2020 05:16 PM
Lawa betul. Muka2 blh jadi pelakon gred B ni.
Ferr_Remy replied at 25-3-2020 06:16 PM
Lawa betul. Muka2 blh jadi pelakon gred B ni.
Artemesiaa replied at 25-3-2020 06:20 PM
Orang yang jarang berada dirumah yang paling terkesan bila perintah ni dikeluarkan tambah buruk bila ...
ADVERTISEMENT