CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Diorang Buat Pekak Wei!" - Masih Ramai Tak Endah Perintah ' Penjarakan Sosial'

26-3-2020 09:28 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 4297| Komen: 17|Original author: Oleh: Ct Cheery

Selain Malaysia, negara jiran kita, Indonesia juga kini dalam keadaan berjaga-jaga bagi menangani wabak pandemik Covid-19. 


Dilaporkan, jumlah kes positif di Indonesia telah mencapai angka 686 kes dengan kematian akibat jangkitan tersebut seramai 55 orang.


Difahamkan, kerajaan Indonesia telah mengeluarkan Perintah 'Penjarakan Sosial' dalam usaha menangani wabak berbahaya ini.



Kredit Foto: Video Malaysian 


Walau bagaimanapun, usaha kerajaan ini dijangkakan sukar apabila sebilangan rakyatnya masih berdegil untuk tidak mengendahkan arahan tersebut. Seorang pengguna Facebook, telah berkongsikan sebuab video di mana rakyat mereka masih lagi melepak dan bersantai di ruang makan sebuah restoran.



Loading FB Post...


Dalam video tersebut, kedengaran jelas pihak berkuasa membuat pengumuman supaya bersurai dan mengarahkan mereka untuk pulang ke rumah masing-masing. Namun, arahan tersebut sama sekali tidak diendahkan.


Video tersebut mendapat Komen kencaman dari netizen kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia. Ada netizen yang mencadangkan pihak berkuasa menyembur gas pemedih mata kepada orang awam yang degil seperti ini.



Kredit Foto: Video Malaysian/Lobak Merah


"Diorang buat pekak wei!! Ilmu apa orang-orang Indonesia ni pakai, nampak macam kebal je.


"Tak payah bagi nasihat, baling ja bom tangan sebutir.


"Suruh ATM baling bom pemudih mata je, lari lah puak-puak yang degil tu,


"Indonesia bang.. suruh ATM baling bom, mau perang saudara nanti.


" Ni kalau kat Korea Utara ni, dah lama kena baling bom tangan ni.


" Jadikanlah, negara-negara lain buat pengajaran krisis covid ni. Buang sikap tak endah," komen netizen di FB video Malaysian.


Diharap kejadian ini boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada rakyat Malaysia. Janganlah kita mementingkan diri sendiri. Buang sikap tak endah. 


Sebaliknya, amalkan sikap bertanggungjawab dan perihatin kerana apa yang dilakukan kerajaan hari ini adalah untuk keselamatan kita dan generasi kita. Bersama-sama kita berganding bahu melawan pandemik Covid-19. - CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-3-2020 09:34 AM
Parasitttttt
Quote CARI-MAL 26-3-2020 09:40 AM

Kamus Bahasa Melayu

penjarakan


Definisi : perbuatan menjarakkan, pen-jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Quote helicornia 26-3-2020 09:49 AM
tangkap je.PM pun ckp lepas ni sapa tk patuh no more nasihat2 lagi terus tangkap.dh dekat 2 minggu berbuih mulut kerajaan nasihat dah
Quote anony-mous 26-3-2020 09:50 AM
I nk tgk theyols pupus tp sbb sebelah dgn malaysia, xjd lah. Betul2 degil indon ni. Skrg 1 dunia tau kan perangai sebenar indon caprut??
Quote nazzse 26-3-2020 10:14 AM
Ladybird910: TT penjara ke penjarakkan???Mohon masuk sekolah semula lps PKP tamat ye..hehe

Betul dah, even paper guna penjarakan ingatka salah jgk awal2
Quote Armand2018 26-3-2020 10:42 AM
Otak tak empuk. Kes yg bawak balik mayat korona tu pun tunjuk betapa low class nya pemikiran dorang
Quote binipopeye 26-3-2020 10:57 AM
Armand2018 replied at 26-3-2020 10:42 AM
Otak tak empuk. Kes yg bawak balik mayat korona tu pun tunjuk betapa low class nya pemikiran dorang

nangis menjerit2 kan video tu.. ade tgk jgk... sungguh lowclass bwk balik mayat dihadiri ramai jiran dtg umah... bakalan ramai akan positif kt kg tu
Quote LautBiru52 26-3-2020 11:04 AM
Kerajaan indon sendiri mengaku facility perubatan diorang tak canggih/mencukupi. Rakyat indon ni tak takut ke kalau terkena wabak tu? Dah la diorang takde subsidi perubatan. Semua kena keluar duit poket sendiri.
Quote Kakalongmu 26-3-2020 11:13 AM
Bagi jer amaran. 3x amaran tak gerak, lempar bom sebijik. Hahhhh pastu insyallah nampak jer kereta polis berdesup lenyap {:laugh
Quote Ladybird910 26-3-2020 11:34 AM
CARI-MAL: Kamus Bahasa MelayupenjarakanDefinisi : perbuatan menjarakkan, pen-jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)



Ok thanks TT for the clarification..cuma Penjarakan sosial adalah imprisoning social. Penjarakkan lagi tepat, saya kira. Di Indo ada pakai istilah yang lagi sederhana. Jaga jarak

Tapi yelah kan..kamus dewan dah tulis gitu.so BM BI translation pon blh keliru la gini ye.hahaaa
Quote Ladybird910 26-3-2020 11:36 AM
Edited by Ladybird910 at 26-3-2020 11:39 AM
nazzse: Betul dah, even paper guna penjarakan ingatka salah jgk awal2

Yup..tau tp dont u think jarak = distance and penjara = imprison?

Nway noti cari jadi gila blk sbb extend PKP ke..tak kua lgsg..mujur terbaca kt sini.hehe
Quote any42 26-3-2020 12:56 PM
baling je gas pmedih mata. kdai2 mkn yg sngaja bukak open table bgai tu kasi bakar je la ssah sgt
Quote Jorja 26-3-2020 02:50 PM
Extremenya nak suruh baling gas pemedih mata
Quote epal21 26-3-2020 05:11 PM
CARI-MAL: Kamus Bahasa MelayupenjarakanDefinisi : perbuatan menjarakkan, pen-jauhan, pemisahan, perenggangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Iols konfius tadi ingatkan penjara as in jail. Thank you.
Quote gideoncross 27-3-2020 12:52 AM
Kat Brunei sini restoran d buka tpi utk take away je, xde lgi yg dduk makan kat situ. Alhamdulillah.
Quote crazybeach 27-3-2020 01:04 AM
takde diva aa indon ke tolong buatkan perutusan khas untuk pokemon2 sial ni
Quote LemangGoreng 30-3-2020 12:31 PM
harap xjd mcm italy la

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038988 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top