Baru-baru ini, pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA membuat satu lagi kontroversi dengan memperlekehkan tugas paramedik Hospital Putrajaya.
Berikutan itu, Hospital Putrajaya bertindak membuat laporan polis terhadap Diva AA yang kemudian dibalasnya dengan makian menerusi laman Twitter. Namun semalam, Azwan Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannnya yang dianggap telah memandang rendah serta memperlekehkan tugas paramedik hospital tersebut. Dalam permohonan maafnya itu, Diva AA sama sekali tidak menyangka kata-katanya itu boleh mengguris hati segelintir pihak hingga menyebabkannya tular. Azwan Ali kemudiannya berhasrat untuk menebus kesilapannya dengan menjamu rendang hasil air tangannya kepada petugas hospital berkenaan. "Mohon maaf terbuka kepada pihak Hospital Putrajay khasnya doktor dan pengurusannya kerana kandungan perutusan khas saya telah menjadi begitu panas dan mencetuskan kontroversi hingga ada pihak terganggu emosi dan sebagainya, mohon maaf," ujarnya dalam video berkenaan. "Kalau ada rezekiku masak rendang cef Diva AA dan sedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata saya, mohon maaf kita hidup ni tak lama," katanya lagi menerusi video yang dimuat naik di akaun twitternya pada rabu lalu. Dalam pada itu, Diva AA berharap dan berbesar hati sekiranya Hospital Putrajaya menerima permohonan maafnya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. "Semoga maaf saya diterima Hospita Putrajaya. "Kita percaya kes ini boleh diselesaikan dan sekarang terpulang pada pihak Hospital Putrajaya pula," ujarnya dalam video tersebut. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa. Harap Diva AA belajar dari kesilapan ya! - CARI |
Kurex replied at 26-3-2020 10:22 AM
Tapi kan...
Aku ada je kawan yg mulut suka maki tapi selalu tolong aku bila aku susah tanpa aku min ...
Kurex: Tapi kan...Aku ada je kawan yg mulut suka maki tapi selalu tolong aku bila aku susah tanpa aku mintak tolong. Berbanding ada yg sorang ni mulut manis. ...
ADVERTISEMENT