Seorang wanita yang baru pulang dari Thailand membuat kecoh di lapangan terbang Chongqing, China pada 22 Mac kerana enggan dikuarantin. Shanghaiist melaporkan, wanita berusia 30 tahun itu menjerit-jerit bertengkar dengan petugas kesihatan.
"Saya tidak akan dikuarantin! Saya mahu pulang! Kalau kalian mengganggu, saya akan saman!" jeritnya kepada seorang anggota yang memakai pakaian keselamatan (Hazmat) yang cuba menerangkan peraturan ditetapkan. Difahamkan, wanita itu menaiki pesawat dari Thailand ke Shanghai sebelum menukar penerbangannya ke Chongqing. Pada masa ini, Shanghai hanya memerintahkan kuarantin bagi mereka yang tiba dari 24 negara paling terjejas dilanda koronavirus dan Thailand tidak termasuk dalam senarai itu. Namun, Chongqing mengumumkan pada 17 Mac bahawa ia akan mengosongkan semua ketibaan luar negara.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak berpuas hati dengan penjelasan itu hingga mengoyakkan notis maklumat dipegangnya sebagai tanda protes. Tidak pasti bagaimana situasi itu diselesaikan, namun jurucakap publisiti Chongqing telah memberi amaran kepada wanita terbabit. "Jika dia berkeras enggan dikuarantin dan tidak mahu mematuhi arahan, dia boleh kembali ke tempat dari mana dia datang," katanya. - CARI
|
shernazz replied at 26-3-2020 12:43 PM
Letak acik ni kat korea utara je
Senang..settle
Kurex replied at 26-3-2020 12:31 PM
Leluhur parasit macam ayam ph memang cilaka{:question
shernazz replied at 26-3-2020 12:43 PM
Letak acik ni kat korea utara je
Senang..settle
ADVERTISEMENT