Tempoh perintah pergerakan kawalan oleh kerajaan kerana mahu mengekang penularan wabak COVID-19 disambung dua minggu lagi. Tidak mahu pelajar ketinggalan, ada sesetengah guru mengambil inisiatif mengadakan kelas secara online, melalui e-emel mahupun menerusi aplikasi WhatsApp. Bagi mereka yang berkemampuan, itu bukanlah satu masalah besar namun, sebaliknya pula bagi ibu bapa yang hanya 'cukup-cukup makan'. Perkara ini dikongsi Cgu Din di mana rakannya terpaksa meminjam duit membeli tambah nilai kredit kerana anaknya diberi kerja sekolah secara online. Katanya, dia bekerja sendiri dan duit yang ada sudah digunakan untuk membeli barang keperluan harian. Tak semua hidup senang...
Serba salah dibuatnya. Usaha guru ini membina soalan dan memberi kerja rumah sepatutnya dicontohi dan dipuji. Silapnya, mungkin terlepas pandang akan kemampuan pelajar dan meminta mereka menghantar secara online. Mungkin juga ibu bapa boleh berbincang dengan guru kaedah terbaik supaya anaknya boleh menghantar kerja sekolah tanpa perlu menggunakan kaedah secara dalam talian buat masa ini kerana kekangan kewangan. Apapun, kita yang di rumah ini pastikan anak-anak meulangkaji pelajaran walau cikgu tak bagi kerja, ya! - CARI |
chicozinn replied at 26-3-2020 04:21 PM
Xtau la ni citer hasanah ke hape tapi ade je prepaid murah cm digi internet cili padi tu sebulan rm3 ...
anony-mous replied at 26-3-2020 04:35 PM
Amboi nak pnjam utk beli makanan ckp je lah. Ko nak download muvi apa smpai rm50??? Kalau celcom ada ...
ADVERTISEMENT