CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Tak Payahlah Beli Berpapan-papan Lepas Ni" - Ini Panduan Makan Telur Ayam Musim Covid-19

30-3-2020 12:55 PM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 5066| Komen: 17|Original author: Ceteria Hukama

Kredit : freepix.com

Telur ayam menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia pada masa ini sebagai stok makanan selain makanan segera, diproses dan dalam tin serta roti sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan.

Ia berikutan telur ayam bukan sahaja berkhasiat malah sumber protein yang murah, cara memasaknya pula pelbagai selain penyimpanannya mudah tanpa peti ais.

Bagaimanapun, berapa lamakah sebiji telur selamat dimakan? 

Menurut portal Goodhousekeeping, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat menyarankan telur yang disimpan pada suhu bilik perlu dihabiskan dalam tempoh selewat-lewatnya tiga minggu.

Saranan itu berdasarkan kajian Pusat Keselamatan Telur Amerika Syarikat yang mendapati walaupun kesegaran sebiji telur ayam mentah mampu bertahan sehingga lima minggu namun bakteria Salmonella dan E-Coli boleh membiak di dalamnya seawal minggu keempat.


Kedua-dua bakteria itu boleh menyebabkan keracunan makanan kepada manusia.

FDA dalam rencana di portal tersebut juga memberitahu telur ayam bagaimanapun boleh bertahan sehingga setahun sekiranya disejuk beku.

Kredit : kompilasiresepi.blogspot.com
Telur rebus pula masih boleh dimakan dalam tempoh seminggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

Makanan berasaskan telur ayam yang disimpan di dalam peti sejuk pula mampu bertahan antara tiga hingga empat hari.

FDA juga mengingatkan selain keretakan pada kulit, perubahan warna putih dan kuning telur kepada warna seperti merah jambu, biru, hijau dan hitam juga petanda ia telah dijangkiti bakteria Salmonella dan E-Coli.

Sehubungan itu, kita seharusnya melihat dahulu tarikh pengeluaran atau luput sebelum memasak telur.-CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 30-3-2020 01:36 PM
Edited by merrissa at 30-3-2020 01:37 PM

sebelum covid pun, ak mmg beli berpapan, sb aku mmg jenis kuat makan telur ayam......
time MCO tak pernah beli lagi
Quote clarizsa 30-3-2020 01:38 PM
Salah board ke

I mmg dr dulu beli telur sepapan
Pastu rebus banyak2 boh dlm fridge
Senang nak ambik makan or ratah ke
Kadang2 buat telur herba
Nyumm
Quote cmf_premierleag 30-3-2020 01:41 PM
telur ayam ni retis ke?
belakon cite apa? ada gossip dgn memana tansri dato ke?
Quote bulalof 30-3-2020 01:42 PM
this is funny......
Quote Cyempaka 30-3-2020 01:43 PM
Mana 1 artis?  Ayam ke papan?
Quote AbukRokok 30-3-2020 01:50 PM
tadi kluar jalan jalan kat giant...telor xdaaaaaaa
Quote bottombikini 30-3-2020 01:50 PM
hahaha...

aku baru beli sepapan semalam
mahai la mco2 ni
Quote Boomibulat 30-3-2020 01:53 PM
Sedap plk tgk gmbar telur bungkus tu..harap2 kdai siam buka mlm ni
Quote ellez 30-3-2020 01:54 PM
Iols beli sepapan yg fresh punya ritu gred aa kot..
Masih ada luak banyak lagi..sebab baru pakai dalam 5 bijik..
Rasa masih boleh tahan utk dua minggu lagi simpan..
Quote ellez 30-3-2020 01:55 PM
Boomibulat replied at 30-3-2020 01:53 PM
Sedap plk tgk gmbar telur bungkus tu..harap2 kdai siam buka mlm ni

Aah kan..mcm nk buat sdri je ptg ni..frozen vege pon ada tu.
Quote otai_g 30-3-2020 01:59 PM
sepapan 30 biji. Da cukup bnyk da tu..
Quote Lavender85 30-3-2020 02:06 PM
Edited by Lavender85 at 30-3-2020 02:07 PM
cmf_premierleag replied at 30-3-2020 01:41 PM
telur ayam ni retis ke?
belakon cite apa? ada gossip dgn memana tansri dato ke?


ahhaah kelakar ayat ni .
Quote matchstick 30-3-2020 02:13 PM
Telur ayam pun kena gosip skrg.. Nk mtk bantuan gomen jgk ka
Quote guesswho09 30-3-2020 02:25 PM
Semlm beli 2 papan secara online
60 biji
some letak dlm fridge
org kat rmh ni kuat mkn telur
Quote kiah_mai_pulak 30-3-2020 02:25 PM
sejak retis2 sangkak hidup merana di musim covid19, telur ayam pun dh join masuk dikalangan retis tempatan
Quote ashilalat 30-3-2020 02:28 PM
AbukRokok replied at 30-3-2020 01:50 PM
tadi kluar jalan jalan kat giant...telor xdaaaaaaa

Telor 2 bijik tergantung tu pi mana?
Quote friedfishsoup 30-3-2020 02:40 PM
Salad bod.sorry thread closed.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.141359 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top