Dengan adanya Leon, beliau kini dalam proses pemilihan sekolah bola sepak untuk Leon. Ini kerana ada beberapa sekolah sedemikian menerima pelajar seawal usia tiga atau empat tahun.
Menurut Rihana, orang-orang yang hebat lazimnya memiliki ibu bapa yang baik di belakang mereka. Dan beliau sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk anaknya.
Rata-rata pengikutnya menyambut baik perancangan yang dibuat Rihana untuk anaknya itu.
Dalam pada itu, ada pula komen yang mempersoalkan adakah Leon dididik dan dibesarkan mengikut agama Islam. Ini jawapan 'win' Rihana.
"I’m raising Leon as a nice person who will treat women good and respect other people,
not who pretend to pray every but evil who doesn’t care about his son."
" Saya membesarkan Leon sebagai orang baik yang akan
memperlakukan wanita dengan baik dan menghormati orang lain,
bukan yang berpura-pura berdoa tetapi sebenarnya
seorang yang jahat yang tidak peduli tentang anak lelakinya"
Apa pendapat anda? - CARI