Selepas Singapura, Negeri Sembilan juga memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan. Memetik Harian Metro, keputusan itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan. “Mungkin kita boleh jangka menjelang hari akhir PKP nanti, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun, tetapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang akan membolehkan rakyat kembali mudah terdedah kepada wabak itu semula. “Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil perhatian mengenai keputusan ini,” katanya. Peniaga bagaimanapun maish boleh menjalankan perniagaan dari rumah menggunakan konsep ‘cash on delivery’ (COD).
“Kita tidak benarkan mereka berniaga secara terbuka seperti bazar Ramadan kerana tidak mahu ambil risiko," katanya yang juga meminta kerajaan mengambil contoh tindakan kerajaan China di Wuhan. Walaupun tiada kes baru Covid-19 dalam tempoh beberapa hari ini, China masih melarangkan rakyatnya bergerak secara terbuka. - CARI
|
jazaa100 replied at 26-3-2020 06:36 PM
Mcm tu banyak kuih....klu tak laku dorang buat pe ek.....
Covid19 replied at 26-3-2020 06:20 PM
what a year to remember
ADVERTISEMENT