Bagi sesetengah pihak, pendapatan mereka turut terkesan apabila adanya peeerintah kawalan pergerakan (PKP),tambahan lagi apabila ia dilanjutkan sehingga 14 April.
Lebih-lebih mereka yang bekerja sendiri dan pendapatan bergantung kepada produk atau servis yang ditawarkan. Memetik laporan ProjekMM, seorang guru muzik dikatakan terpaksa menawarkan kelas bermain gitar secara atas talian dengan harga serendah RM10 sahaja. “Disebabkan tengah PKP tiada gaji jadi aku hendak buat servis ajar gitar RM10 saja sebulan melalui WhatsApp.
“Siapa berminat boleh mesej saya. Tolong ulang kicau untuk rezeki saya. Saya hendak survive,” tulis seorang pengguna Twitter yang mendedahkan hal itu. Katanya lagi, dia merupakan seorang guru muzik di Seberang Jaya, Pulau Pinang juga membuka kelas vokal, keyboard dan dram. Namun, jika dahulu bayaran dikenakan adalah sebanyak RM100, kini ia dikurangkan menjadi RM10 sebulan untuk kelas gitar atas talian. “Sebenarnya saya mengajar dekat studio tapi sebab lockdown saya buat harga murah demi sesuap nasi. So harga RM10 saja. “Sebab aku tahu semua tengah susah dan tiada duit gaji kena potong apa semua jadi aku nak bantu dan aku harap anda dapat bantu juga,” katanya lagi. - CARI
|
epal21 replied at 27-3-2020 03:31 PM
Black harus malu dengan cikgu musik ni.
hasniey replied at 27-3-2020 03:38 PM
Black.tomok.beto
Set2 tgh kaya kemain tunjuk bisnes,brg mewah,job masyuk.bru xkeje sebulan dh mer ...
Kurex: Hensem tak? Nak apply kalau ensem
hasniey replied at 27-3-2020 07:38 AM
Black.tomok.beto
Set2 tgh kaya kemain tunjuk bisnes,brg mewah,job masyuk.bru xkeje sebulan dh mer ...
ADVERTISEMENT