CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Inginkan Yang Terbaik Untuk Si Meow? Ini 6 Makanan Sesuai Untuk Anda Cuba!

7-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 25921| Komen: 42|Original author: Oleh: PDOT777

Kredit foto: petfinder.com


Pemakanan yang baik untuk kucing memerlukan anda membuat perancangan dalam pembelian makanan untuk si bulu. 


Sama ada kucing anda mengalami keguguran bulu, najis terlalu berbau, berat tak bertambah ataupun masalah batu karang, anda kena peka dengan apa yang terbaik untuknya. 


Jom tengok enam makanan terbaik untuk kucing anda.

 

MISHA - Dry Cat Food



Produk ini mengandungi protein tinggi sebanyak 3 peratus daripada sumber ikan dan daging asli untuk menyokong tumbesaran kucing. Makanan kucing daripada jenama Misha ini lengkap dengan nutrien seimbang Taurin, Glukosamin serta minyak Omega 3 dan 6 untuk kulit sihat, bulu yang gebu, penglihatan yang jelas dan sendi yang kuat.


Sangat sesuai untuk kucing yang mempunyai bulu kasar dan kusut, makanan kucing Misha ini akan membuatkan bulunya kekal lebat, dan bersinar.


POWER CAT - Fresh Ocean Fish



Boleh didapati dalam dua perisa iaitu tuna dan ikan laut segar, POWER CAT juga mengandungi 32 peratus protein dan diperbuat daripada bahan semula jadi yang dijamin Halal.


Manfaatnya termasuklah dapat mengekalkan sel darah merah, menguatkan tulang dan gigi, memperbaiki sistem pencernaan dan saraf, memperbaiki penglihatan, menguatkan imunisasi dan mengekalkan bulu yang sihat serta berkilau.


GREENS - Cat Food Hair and Skin 8KG (warna pink)



Makanan kering kucing ni sangat kaya dengan kolagen untuk kesihatan kulit, bulu dan mata si manja anda. Ia sesuai untuk semua jenis kucing. 


Nakkan kucing anda berbulu lebat, gebu dengan mata yang bersinar? Cuba dapatkan produk ini.


PURINA - One Kitten Food With Chicken



Nutrisi dan bentuk makanan antara anak kucing dan kucing dewasa adalah berbeza. Makanan yang diuji ahli pemakanan haiwan Purina ini diperbuat daripada daging ayam sebenar dan mengandungi nutrien penting. 


Purina sesuai untuk anak kucing yang berumur tiga minggu ke atas. Sesuai sebagai alternatif kepada susu badan ibu kucing dan selamat untuk semua jenis kucing.


ROYAL CANIN - Persian Adult Cat Food



Royal Canin diperkaya dengan Omega 3 dan asid lemak Omega 6. Rumusannya membantu mengurangkan bebola bulu dan menggalakkan sistem pencernaan yang lebih baik. 


Makanan Royal Canin ini mempunyai bentuk seperti kacang badam yang direka khas untuk memudahkan kucing anda untuk makan dan mengunyah. 


Demi si bulu, tidak mengapa berbelanja lebih sikit, kan?


BLACKWOOD - Original Formula Chicken and Brown Rice



Blackwood mengandungi protein yang tinggi disediakan istimewa untuk mengekalkan nutrien dan khasiat makanan. Ia sesuai untuk baka kucing tertentu yang cerewet.


Diperbuat daripada isi daging ayam dan beras perang, ia dicipta melalui slow cooking. Selain itu, ia memenuhi keperluan pemakanan yang ditetapkan oleh Persatuan Pegawai Kawalan Feed Amerika (AAFCO). 


Produk ini juga tidak menggunakan perisa tambahan dan pewarna tiruan yang akan menganggu sistem pencernaan kucing anda.


Ada makanan lain yang sesuai untuk si cerewet mahu anda kongsikan? - CARI

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Genkidesuka 7-4-2020 12:14 PM
Edited by Genkidesuka at 7-4-2020 12:17 PM

assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

kucing2 rumah ni domestic cats je.  tp akak bg depa mkn dry food royal canin - fit, urinary, fiber response, indoor.  akak tukar2 selang sehari.  alhamdulillah, sejak mkn royal canin ni dorang jarang muntah.  kalau dulu, hari2 mesti ada je yg muntah.  

masa belum mco dulu, bg juga dorang purina kalau tk jumpa stok royal canin.
Quote PDOT777 7-4-2020 01:53 PM
Genkidesuka replied at 7-4-2020 04:14 AM
assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

kucing2 rumah ni domestic cats je.  tp akak bg depa mkn dr ...

Waalaikumussalam....susah jugak ya jaga kucing ni....saya takda pengalaman jaga kucing...tpi nampak mcm jaga kucing ni ibarat kita nk jaga anak kita sendiri
Quote nuryakmal 7-4-2020 02:26 PM
My cat only eats wet food.
Silap mengajar dia mkn dr sejak kitten.
Bagi blackwood he sniffs dan berlalu pergi
Quote Tinot7 7-4-2020 02:38 PM
Kucen iols mkn royal canin
Quote Boomibulat 7-4-2020 02:53 PM
Genkidesuka replied at 7-4-2020 12:14 PM
assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

kucing2 rumah ni domestic cats je.  tp akak bg depa mkn dr ...

Waalaikumsalam..
yg muntah tu sbb makn ape..nasik semalam ke..?
Quote Genkidesuka 7-4-2020 03:46 PM
PDOT777 replied at 7-4-2020 01:53 PM
Waalaikumussalam....susah jugak ya jaga kucing ni....saya takda pengalaman jaga kucing...tpi nampa ...

sudah semestinya.  mcm budak2, mcm2 perangai.  picky eater, kuat mkn eh mcm2 pesen la.
Quote Genkidesuka 7-4-2020 03:57 PM
Boomibulat replied at 7-4-2020 02:53 PM
Waalaikumsalam..
yg muntah tu sbb makn ape..nasik semalam ke..?

bertuahlah kalau nk mkn nasi.  ayam atau ikan rebus pun tk mau.  muntah2 sbb masa tu mkn friskies, prodiet, whiskas dry food + wet food.  mula2 ok je sbb mkn dari kecil.  pastu lama2 ada yg tk boleh kencing la, kencing berdarah la, tk boleh berak la.  vet kata tukar royal canin sekian2 jenis. harga serupo bedil, bak kata org kelantan.  sbbkn syg n kesian tgk depa sakit... pejam mata, beli je la.  tu pun mula2 tk jln.  tkmo dia royal canin tu.  sniff sniff blah.  akak biorkan dry food tu dlm bekas.  depa ngiau3 minta food, akak tunjuk bekas.  dah lapor benor, taupun mkn yg dlm bekas tu.  ha gitu la ceritanya.  
Quote meisapoya 7-4-2020 04:33 PM
Pernah bagi purina one indoor & royal canin kitten. Bulu lawa lembut kilat2. Especially bila makan purina tu...
Quote Artemesiaa 8-4-2020 02:47 PM
Dah pernah cuba bagi kucing makan macam2 jenama tapi royal canin jugak terbaik, second choice iams.
Quote bakingsoda 8-4-2020 04:34 PM
misha dgn powercat ok utk harga ekonomi sbb takde pewarna/garam. tapi greens TIDAK ye, banyak kucing kena batu karang makan greens. royal canin tak berbaloi, banyak fillers tapi harga premium. rc mother and baby tu blh la sbb susah nak cari kibbles kecik2 gitu. tapi kalau alang2 dah banyak duit baik korang bg dry food yg grain-free je.
Quote gideoncross 8-4-2020 05:33 PM
Genkidesuka replied at 7-4-2020 03:46 PM
sudah semestinya.  mcm budak2, mcm2 perangai.  picky eater, kuat mkn eh mcm2 pesen la.

Kocheng2 kat rumah iol plak xsuka mkn tuna, dorg suka mkn sardine.
Quote meisapoya 8-4-2020 06:04 PM
bakingsoda replied at 8-4-2020 04:34 PM
misha dgn powercat ok utk harga ekonomi sbb takde pewarna/garam. tapi greens TIDAK ye, banyak kucing ...

Mana yg bagus ek? Tengah fikir nak tukar makanan lain tapi banyak sangat sampai malas nak eksperimen
Quote bakingsoda 8-4-2020 07:26 PM
meisapoya replied at 8-4-2020 06:04 PM
Mana yg bagus ek? Tengah fikir nak tukar makanan lain tapi banyak sangat sampai malas nak eksperim ...

kalau nak yg murmur misha terbaik (perisa chicken tuna budak2 ni paling suka), tapi kalau duit banyak melimpah taktau nak wat ape boleh beli range high-end yg grain-free mcm orijen atau acana. kalau duit sedang2 tapi nak yg berkualiti dan grain-free taste of the wild (aku guna yg ni). buat masa skrg kalau bg kucing makan brand import dr us ke europe baik beli stok banyak2 sbb harga tgh naik, mungkin stok baru tak masuk lagi pastu dgn kes corona rancak aku takut kilang pon tak beroperasi skrg/nnt. yg brand aku beli tu kebanyakan dah naik rm10-20 dr harga biasa, tgk stok pon sikit2 je ada kat setiap kedai shopee. aku dah beli stok utk  bertahan sampai hujung bulan 7. harap2 masa tu covid19 dah nyah dari bumi ler kalau tak mungkin terpaksa tukar ape yg ada je la asal kenyang, nak suruh catu/diet/pose mcm kita jgn harap la
Quote meisapoya 8-4-2020 10:05 PM
bakingsoda replied at 8-4-2020 07:26 PM
kalau nak yg murmur misha terbaik (perisa chicken tuna budak2 ni paling suka), tapi kalau duit ban ...

Ooo kira yang bagus ni grain free lah ek? Memang mahal pon makanan sekarang. Naik rm10 gak sejak awal tahun haritu. Sobs. Kira lepas ni misha je la kot kalau berlanjutan... senang nak cari. Acana ngan orijen tu boleh botak kepala. Tido x lena mikir. I pemilik kucing kategori B40 je...

Quote bakingsoda 8-4-2020 11:16 PM
meisapoya replied at 8-4-2020 10:05 PM
Ooo kira yang bagus ni grain free lah ek? Memang mahal pon makanan sekarang. Naik rm10 gak sejak a ...

ye grainfree tu la yg sepatutnya diet kucing. tapi kucing kalau perut tak sensitif ok je bagi tak grainfree. misha tu pack 30kg pon adoo, kalau duk kawasan lembah klang boleh dapat free shipping beli direct kat website misha. aku slalu kena bayar shipping mahal sbb duk negeri lain
Quote kookie92 9-4-2020 02:52 PM
nuryakmal replied at 7-4-2020 06:26 AM
My cat only eats wet food.  
Silap mengajar dia mkn dr sejak kitten.
Bagi blackwood he sni ...

berak tak busuk ke bg wetfood atau kucing outdoor. Kalau iols kucing indoor nak pengsan bau berak.. busuk bangat
Quote anakmak 9-4-2020 02:57 PM
best nya ada kucing
sy x boleh bela x boleh berada dalam satu tempat tertutup sama, dekat2
nanti mata akan gatal2 sampai boleh bengkak dan asthma pun melanda

sangat jeles okey
cakap ngan laki
i nak try bela anjing
laki i pandang macam betul x betul minah ni
last2 kita org decide bela serigala
hahahha
Quote 7doors 9-4-2020 10:32 PM
Drumah ni bagi mkan sardin ja yg murah2.
Quote CikguShaAqlima 14-11-2020 07:50 PM
nuryakmal replied at 7-4-2020 02:26 PM
My cat only eats wet food.  
Silap mengajar dia mkn dr sejak kitten.
Bagi blackwood he sni ...

Sama la kitaaa..kucing i tersilap ajr mkn whiskas tuna junior tu, sampai sekarang still xnk mknan lain, brand lain tuna pn xnk..rela berlapar dia xnk makanan lain. Mula mula mmg biarkan je dia meow nk makan, i assume dia akn makan la ape yg i ltk dlm bekas makanan dia tu, dia p sniff sniff pastu meow lg, tahan sehari tu xmakan, last i xtahan tgk dia kesian, buka satu pack whiskas junior tuna fav dia, makan mcm ad bela saka je kucing i ♀♀♀

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040965 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top