CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Teringin Honey Butter Biscuits Texas Chicken? Sekarang Boleh Buat Sendiri!

31-3-2020 11:44 AM| Diterbitkan: crabbycute| Dilihat: 9812| Komen: 25|Original author: crabbycute

Jika anda pernah berkunjung ke Texas Chicken, sudah tentu anda pernah merasai Honey Butter Biscuits. Menu ini boleh dikatakan antara menu kegemaran kebanyakan pengunjung setia Texas Chicken. 

Tatkala menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sehingga 14 April ini, apa kata kita guna masa yang ada untuk cuba sendiri resipi untuk membuat Honey Butter Biscuits ini. Resipinya amat mudah, dan kalau anda tiada ketuhar di rumah, jangan risau kerana hanya dengan menggunakan Air Fryer pun boleh buat! Mari kita lihat resepinya;

Kredit Foto: Facebook Texas Chicken Malaysia
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula (ikut pada tahap kemanisan masing-masing)
115g butter yang sejuk


140ml susu segar
2 sudu kecil cuka

Madu
Butter

Cara-caranya:
1. Gaul semua bahan kering sehingga menjadi adunan kering yang kecil seperti breadcrumbs.
2. Masukkan susu dan cuka, uli doh sehingga sebati.
3. Bentukkan doh menjadi ketulan kecil dan susun di atas loyang. Doh itu tidak perlu dibentuk cantik sekata.
4. Masukkan di dalam oven atau air fryer selama 15 minit dengan suhu 180 celcius.
5. Lepas siap dibakar, boleh sapukan honey dan butter ke atas biskut sementara ia masih panas.

Kredit Foto: Melissa Mullen via Ilham Media

Jangan lupa untuk cuba resepi Honey Butter Biscuit ini di rumah. Jadikan masa yang ada sebagai masa berkualiti bersama keluarga. Selamat mencuba!- CARI 

Kredit Resepi: Melissa Mullen via Ilham Media

5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Ummu_Zara

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 31-3-2020 12:02 PM
Wohooo..mmg paberet tuu..
Iols save resipi ni
Quote oggy 31-3-2020 12:28 PM
Aku tak pernah makan kat Texas Chicken.
Memang sedap ke ni.. manis sgt tak?
Macam senang je nak buat. Boleh cuba.
Quote ellez 31-3-2020 12:57 PM
oggy replied at 31-3-2020 12:28 PM
Aku tak pernah makan kat Texas Chicken.
Memang sedap ke ni.. manis sgt tak?
Macam senang je nak bu ...

Sedap bagi iols..try lah..
Tak manis sgt..biasa2 saja..
Iols kalau order set ayam tu,mmg akan order extra yg honey butter biscuit tu..
Nti reheat saje skjp bila nk makan kelak..
Quote xtahumenahu 31-3-2020 01:42 PM
Aaaaa..yeayyyy..nak try...selalu order habis jekkk
Quote Madam_Junimo 31-3-2020 05:03 PM
Sedapnya. Bolehla cuba nanti.
Quote chicozinn 31-3-2020 05:43 PM
Aku klu g texas chicken msti bli roti ni extra 2-3biji..xpuas mkan sbiji weyhh.huhu
Quote Nes3in1 31-3-2020 05:48 PM
Kalau ai buat selalu tak jadi walaupun dah ikut resepi step by step.
Quote namjoon 2-4-2020 01:43 AM
tak pernah try..macam best je..
Quote nikihs098 2-4-2020 02:10 AM
Thank You for the recipe
Quote lwyl 2-4-2020 07:28 PM
Nes3in1 replied at 31-3-2020 05:48 PM
Kalau ai buat selalu tak jadi walaupun dah ikut resepi step by step.

Awak guna resipi yang mana satu?
Quote silblu3cherry 3-4-2020 10:20 AM
sedappp..thank you!
Quote oggy 3-4-2020 11:35 PM
Terima kasih kepada tuan tanah yang berkongsi resepi.

I baru buat tadi. Senang dan simple je.
Sedap, anak2 suka.
Husband sorang je yang pernah makan yang Texas Chicken punya.
Dia komen sama macam yang situ punya.
So yang lain2 tak payah ragu2 untuk cuba resepi ni ya
Quote Ummu_Zara 5-4-2020 07:14 AM
Wahh... bagus ada resepi ni. Nnt nak cuba...
Thnks for the resepi.
Quote nowhite 12-4-2020 07:24 PM
Sedappp makan panas2..thanks bagi resepi..nanti boleh cuba buat sendiri
Quote Far 29-5-2020 07:48 PM
ouh...saya order grab food texas..baru ternampak ni...ok esok Iolls cuba buat
Quote Bylaaz 19-3-2021 10:32 PM
Sedap sangat my favourite
Quote Guli 30-4-2021 08:14 PM
My fav
Quote Guli 30-4-2021 08:14 PM
Lama tak makan semejak duduk umah
Quote Guli 30-4-2021 08:15 PM
Kalau boleh setiap hari nak makan, tapi malas la nak buat ,Kang tak jadi

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056730 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top