Ketabahan hati seorang isteri yang sanggup berjalan sejauh 2 kilometer dari Kastam Johor Bahru memasuki negara Singapura mendapat perhatian netizen.
Memetik laporan Astro Awani, difahamkan wanita itu tekad untuk pulang ke negara asalnya itu bagi menguruskan suaminya yang berusia 80 tahun dan kurang sihat sejak dua minggu lalu. Malah, wanita ini berjalan selama 4 jam bermula 5 petang di kastam Johor Bahru dan tiba di Boon Lay di Singapura pada jam 9.30 malam. Menurut anak lelakinya, Herman Sudil, ibunya datang ke Johor Bahru sebelum ini bagi membantunya menguruskan anak-anak selepas isterinya menjalani pembedahan di hospital. "Sebagai seorang anak bila saya melihat gambar ibu saya, saya rasa terharu kerana seorang ibu sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa mengorbankan masa rehatnya.
"Biarpun mereka penat sekalipun tetapi untuk untuk keluarga mereka sanggup berbuat apa sahaja. "Saya yakin dengan viralnya gambar mak saya yang berjalan di causeway itu, bukan hanya mak saya tetapi seluruh wanita sanggup berkorban demi keluarga. "Nasihat saya kepada anak-anak lelaki, abang-abang dan suami, hargailah bidadari syurga bernama wanita," katanya. Gambar yang tular itu difahamkan diambil oleh anak saudaranya yang menemani ibunya pulang ke Singapura. Untuk rekod sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula di Malaysia, rakyat negara ini tidak dibenarkan untuk pergi ke Singapura, melainkan rakyat republik itu sendiri yang mahu pulang ke sana. - CARI |
bintangct replied at 30-3-2020 08:00 PM
kenapa org yg ambil gmbr ni tak tumpangkn dia?
bintangct: kenapa org yg ambil gmbr ni tak tumpangkn dia?
amyza replied at 30-3-2020 08:29 PM
ketabahan seorang ibu.
bintangct replied at 30-3-2020 08:00 PM
kenapa org yg ambil gmbr ni tak tumpangkn dia?
sukacactus replied at 30-3-2020 09:33 PM
Berapa umur nenek ni
Suami dah 80, dia masih kuat lg jalan jauh2
ADVERTISEMENT