CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wang Dianggarkan RM250,000 Dalam Peti Besi Syed Saddiq Hilang

1-4-2020 10:15 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4319| Komen: 9|Original author: Tukang Tulis

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kredit foto: Facebook


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecurian apabila wang dianggarkan berjumlah RM250,000 hilang dari kediamannya baru-baru ini.

Berdasarkan gambar salinan laporan polis yang dipaparkan dalam laman Facebook miliknya, wang tersebut disimpan di dalam peti besi.

Ketua Armada Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyedari tentang kehilangan wang berkenaan pada 29 Mac lalu.

"Kali terakhir saya membuka perti besi tersebut pada tarikh 13 atau 14 hari bulan Mac 2020.

"Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik kemas," jelas Syed Saddiq dalam laporan polis itu.

Beliau menambah, peti besi miliknya itu hanya boleh dibuka dengan kod rahsia dan orang tertentu sahaja yang tahu di mana ia disimpan.

Kredit foto: Facebook

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menafikan spekulasi kononnya wang tersebut adalah milik parti.

Pada masa ini, beliau tidak dapat mengesahkan sebaran butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai.

"Laporan media bahawa RM250,000 tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan," katanya.

Pelik juga kejadian ini kerana pencuri dapat mengambil wang yang disimpan di dalam peti besi. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 1-4-2020 11:29 AM
Banyak duit dia ni. Huntong le sapa yang dapat
Quote lipans 1-4-2020 11:50 AM
keretapi untuk waktu pagi dah terlepas. 6pagi hingga 10pagi je.
Quote Mejami 1-4-2020 12:14 PM
duit dia mak dia ayah dia...nk beli rumah katanya{:nose  sblm report  tu xcuba tanya 'org tertentu' yg tahu kod rahsia peti besi tu dulu ke?
Quote Ina8895 1-4-2020 12:23 PM
Mejami: duit dia mak dia ayah dia...nk beli rumah katanya{:nose  sblm report  tu xcuba tanya 'org tertentu' yg tahu kod rahsia peti besi tu dulu ke?


Dia terambik duit sendiri?
Quote seramado 1-4-2020 02:44 PM
Aduhai sape pulak yg curi ni
Quote Leonclay 1-4-2020 10:32 PM
Dh buat report..baru tetingat nk kira..eh kurang pulak amount anggaran tu {:laugh
Quote djzara81 1-4-2020 11:05 PM
X phm la. Duit tu nk reno ke nk beli umah?
Umah banglo yg dia dok skang tu umah sapa? Umah parents dia ke?
Quote biozipstar 2-4-2020 01:36 PM
lah x pasal dah kena cari sape yg buat
Quote shahreen 10-4-2020 02:30 AM
Polis bz dgn pkp. Lambat sikit kot settle kes mp ni {:cryrun{:cryrun{:cryrun

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.343143 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top