CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Olimpik Tokyo Buka Tirai Julai 2021

31-3-2020 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1870| Komen: 1

Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju menunda tarikh baru pembukaan Sukan Olimpik Tokyo iaitu pada Julai tahun depan.

Harian Metro minggu lepas melaporkan Jepun dan IOC bersetuju untuk menangguhkan acara sukan terbesar itu susulan pandemik Covid-19.



Foto: The Blast

Menurut media Jepun, acara itu akan membuka tirainya pada 23 Julai 2021 dan berakhir 8 Ogos.

Sementara itu, Sukan Paralimpik pula akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 5 September 2021, lapor ProjekMM.

Tarikh baru ini dipersetujui kerajaan Jepun, IOC, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Dalam satu kenyataan, IOC menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan kesihatan atlet dan semua orang yang terlibat; membantu pembendungan virus Covid-19; menjaga kepentingan atlet dan Sukan Olimpik serta kalendar sukan antarabangsa.


Walaupun ditunda ke tahun 2021, acara itu akan mengekalkan nama Tokyo 2020.

“Meskipun penangguhan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik ini adalah yang pertama dalam sejarah dan pelbagai isu lain telah diketengahkan, jadual acara ini merupakan asas bagi persiapan pada masa depan.

“Saya yakin bahawa langkah membuat keputusan ini dengan segera akan membantu mempercepatkan persediaan masa depan. Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 akan terus bekerja keras bagi memastikan kejayaan Sukan Olimpik tahun depan,” kata Presiden Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 Mori Yoshiro. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 31-3-2020 01:19 PM
good decision, alhamdulillah ala kulli haal,

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059524 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top