CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Membazir, Ini Bukan Masa Cari Publisiti Murahan" - Zuraida Dikecam Pakai Sut PPE

31-3-2020 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14904| Komen: 69

Tindakan Zuraida Kamaruddin mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap berwarna putih semasa operasi sanitasi dikecam Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Md Nasir.


Kredit foto: The Star

Katanya seperti dipetik mStar Online dari The Star, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan masa untuk ahli politik mencari publisiti murahan.

"Pada waktu genting ini, menteri tidak seharusnya membuang masa dan menghimpunkan khalayak untuk melancarkan majlis dengan gimik.

"Beliau sepatutnya tidak berbuat demikian supaya (sut) PPE dan pegawainya dapat digunakan untuk menyokong petugas barisan hadapan (frontliner) kita," katanya.

Beliau bmenyifatkan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu adalah satu pembaziran.


Kredit foto: NST


"Menteri yang tidak terlibat sebagai frontliner, juga akan menyebabkan pembaziran sumber dalam keadaan hospital sekarang, yang berhadapan dengan kekurangan PPE.

"Malah, ada petugas yang terpaksa mengguna plastik sampah untuk dijadikan sebagai PPE bagi menjalankan tugas mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pembabitan Zuraida dalam gimik latihan disinfeksi yang dikendalikan kementeriannya di Petaling Jaya, semalam turut mempengaruhi kekurangan tenaga kerja.

"Sebagai contoh, beberapa pegawai yang sepatutnya bertugas terpaksa digunakan untuk tujuan pengiring dan membantu menteri dalam gimik tersebut," tambahnya. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 31-3-2020 05:47 PM
Nenek ni takut mati sangat ke? Sebelum covid kawal projek perumahan terbengkalai pun teruk. Sekarang sibuk mencapap. Biarlah kementerian buat hal dia...
Quote L_Z 31-3-2020 06:05 PM
Ya amponnnn bodoh xdapat dipisahkan dgn nenek ni..hat lain ko selubong tapi tang kasut tu........
Quote CiliPadiSedap 31-3-2020 06:18 PM
serius satu pembaziran dia bukannya merawat covid19. membazir duit betul.
Quote InVendeTTa 31-3-2020 06:35 PM
Dia pakai bende tu untuk ape? Dia ke yg sembur disinfeksi tu? Kalo sekadar nak merasmi bagai sembur sepam dua atas pentas pakai ajelah your typical makcik punya dress..
Quote I.am.PH 31-3-2020 06:36 PM
Edited by I.am.PH at 31-3-2020 10:43 AM
CiliPadiSedap replied at 31-3-2020 10:18 AM
serius satu pembaziran dia bukannya merawat covid19. membazir duit betul.

Fuh... nasib baik bukan saya yang buka thread ini, kalau tidak berderu warga forum ini masuk mencela saya dan membela menteri angkasawan ini.

Berdasarkan rekod di thread-thread sebelum ini, pastilah saya akan dituduh bermacam-macam, antara tuduhan yang dilemparkan kepada saya;
1. Agenda DAP memecahbelahkan Melayu Islam
2. Mengganggu kerja penjawat awam
3. Membesarkan isu kecil
4. Berpolitik ketika dalam keadaan Covid-19
5. Boleh screenshot dan lapor ke SKMM

Untuk rekod, PN telah ada 3 gelaran untuk menteri mereka
1. Menteri air suam
2. Menteri Doraemon
3. Menteri angkasawan

Aksi, karikatur sindir menteri pakai sut ‘angkasawan’ tular
Oleh ARIF ATANMarch 31, 2020 12:41 pm



Hanya dalam tempoh 24 jam selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE), pelbagai bentuk sindiran atau ‘troll’ mulai membanjiri media sosial.

Mengundang lucu di hati orang ramai apabila penanda ‘menteri’ di atas dahi bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sambil memegang hos semburan disinfeksi dilihat sebagai modal berjenaka.



Terdapat yang kreatif menggayakan kembali aksi tersebut berserta penanda ‘menteri’ hanya pada kepingan kotak bersaiz huruf lebih besar.

Tidak kurang juga yang meniru gaya Zuraida dengan tampil menyiram pokok bunga dalam keadaan berjubah.



Zuraida yang menjadi antara 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang mengkhianati Pakatan Harapan (PH) memang dikenali tampil dengan imej berjubah dalam urusan rasminya.

Selain itu, sindiran ‘Saya Bukan Menteri’ pula dilihat disunting pada imej petugas sebenar sekali gus memberi mesej merekalah sebenarnya barisan hadapan negara dan wira yang tidak didendang.



Selain lakonan semula dan suntingan pada gambar, sindiran dalam bentuk karikatur semestinya wajib ada dalam kreativiti ‘troll’.

Paling menggelikan hati warga maya apabila kartunis Gandum yang ‘menghadirkan’ watak angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong yang mencipta rekod manusia pertama meninggalkan tapak kaki di permukaan bulan pada 1969.



Dialog “I’m Neil Armstrong“ yang berimej sut seorang angkasawan dibalas dengan ucapan sarkatsik, “I’m menteri kau sekolah ke tak?” dengan karakter huruf ‘menteri’ dalam warna merah.

Malah, lebih ‘pedas’ apabila kartunis Megat menampilkan ‘menteri’ dalam sut itu pula yang menyoal entiti menyerupai hantu pocong.



Semalam, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berpakaian sut ‘angkasawan’ itu ketika meninjau proses nyah kuman dan operasi sanitasi awam oleh kementerian diterajuinya di Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya.

Sempat jogging di kawasan rumah parent sebab nak kurangkan kalori, asyik makan masakan mommy yang sedap-sedap sahaja. Tengahari tadi mommy masak Bihun Sup Kepala Ikan Jenahak, terlalu sedap hingga menjilat jari. Oleh itu kena keluarkan balik kalori yang telah masuk ke dalam badan. Tengoklah 2 - 3 hari nanti, kalau ada kesempatan akan balik ke Jalan Sultan Ismail.



Quote paus_biru 31-3-2020 06:38 PM
elok la dia pakai camtu,drpd selekeh je....
Quote CiliPadiSedap 31-3-2020 06:46 PM
I.am.PH replied at 31-3-2020 06:36 PM
Fuh... nasib baik bukan saya yang buka thread ini, kalau tidak berderu warga forum ini masuk mence ...

screenshoot jom report polis. waktu pkp tidak dibenarkan joging. tunggu di dakwa di mahkamah
Quote I.am.PH 31-3-2020 06:51 PM
CiliPadiSedap replied at 31-3-2020 10:46 AM
screenshoot jom report polis. waktu pkp tidak dibenarkan joging. tunggu di dakwa di mahkamah

Semoga dipermudahkan urusannya
Quote bakingsoda 31-3-2020 06:58 PM
setakat nak bergambar tak payah pakai ppe la mak lampir oiii
Quote ResellerMaxis 31-3-2020 06:59 PM

Quote ResellerMaxis 31-3-2020 07:00 PM
paus_biru replied at 31-3-2020 06:38 PM
elok la dia pakai camtu,drpd selekeh je....

Suruh dia pakai plastik sampah je..

Dah ar front line xcukup ppe. Sampai jahit plastik sendiri..

Dia duk bazir macam ni..
Quote ResellerMaxis 31-3-2020 07:08 PM
Lebih baik Zuraida duduk rumah, kata doktor pakar

Diterbitkan 4 jam lepas
Dikemaskini 2 jam lepas

A
+
A
-
Tindakan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, yang semalam menyertai - dan terlibat secara langsung - proses nyah kuman Covid-19 turut menerima kecaman pakar perubatan.

Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin, menyifatkan tindakan ahli parlimen Ampang itu sebagai "tidak bertanggungjawab".

Menurut beliau, dalam keadaan sekarang adalah lebih baik untuk Zuraida berada di rumah berbanding menyembur bahan sanitasi seperti yang dilakukannya semalam.

"Ini mengurangkan lagi benteng pertahanan terakhir kita (bekalan baju pelindung) dalam menyaring dan menyelamatkan pesakit Covid-19," kata Musa dalam kiriman Twitternya.

Beliau memberi respons terhadap ciapan pengguna media sosial lain terhadap tindakan Zuraida itu.

Ciapan Musa itu kemudian mendapat reaksi daripada pengikutnya di media sosial.

Untuk rekod Musa memang dikenali sebagai doktor yang selalu berterus-terang untuk menyampaikan pandangannya.


Sering dijemput sebagai panel dalam program televisyen membabitkan hal perubatan, pakar perubatan itu baru-baru ini 'mengamuk' dalam salah satu terbitan kerana kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak mengendahkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Semalam, Zuraida menjadi tumpuan ramai - termasuk kalangan ahli politik kerana menyarung pakaian lengkap seperti petugas barisan hadapan menghadapi Covid-19 semasa menyembur bahan nyah kuman di Petaling Jaya.


Dr Musa Mohd Nordin
@drmusanordin
OMG! This is both silly and irresponsible. Depriving our last line of defense screening and live-saving #COVID19 patients in ICU. Best she #StayHome and not make a fool of herself! https://twitter.com/amuse_gueule/status/1244488643244208129 …
Mom of KL
@amuse_gueule
Seriously, woman... there’s a shortage of PPE suits!

You’re not a frontliner.

You’re NOT a frontliner!

You. Are. Not. A. Frontliner! https://twitter.com/MalaysiaGazette/status/1244454604038758400 …

258
11:41 PM - Mar 30, 2020
Twitter Ads info and privacy

144 people are talking about this

Operasi itu melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, majlis perbandaran dan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir pagi tadi turut mengkritik tindakan Zuraida dan menganggap ia sebagai suatu gimik politik bagi meraih populariti ketika Covid-19.

Kata Akmal, sekarang bukanlah masa untuk menteri mencari publisiti ataupun membazirkan sumber yang ada ketika negara dalam situasi sukar.

"Hentikan teknik gimik politik. Sekarang bukanlah masa untuk menteri cari publisiti.

"Jangan bazirkan sumber. Dalam keadaan kita kekurangan PPE (pakaian perlindungan peribadi) dan ada petugas terpaksa gunakan plastik sampah untuk lindungi negeri," katanya kepada Malaysiakini.
Quote Jorja 31-3-2020 07:08 PM
Biasanya acara gimik ni siapa yg handle, yg incharge Tu la yg tak bijak
Quote I.am.PH 31-3-2020 07:11 PM
Tak sampai sebulan PN sudah ada menteri kartun, jenuhlah menyokongnya bersilat menepis sindiran netizen!

1. Menteri air suam
2. Menteri Doraemon
3. Menteri angkasawan


Quote ajinomotonosuga 31-3-2020 07:18 PM
Mati matiii aku ingat Polar Bear..cisss

Quote awaynepian 31-3-2020 07:22 PM
Kenapa ramai sangat yang jadi bangang masa mco nih?? Dgn retis2 nya..dengan tin duck nya...dengan menterinya..
Hallo Malaysia...we are better than this..
Quote slavehunter 31-3-2020 07:24 PM
Zuraida, ko pakai la apa pun....rupa ko macam tu jugak.
Quote CiliPadiSedap 31-3-2020 07:43 PM
I.am.PH replied at 31-3-2020 07:11 PM
Tak sampai sebulan PN sudah ada menteri kartun, jenuhlah menyokongnya bersilat menepis sindiran neti ...

menteri angkasawan tu bekas2 menteri pakatan haprak juga, buat rosak rekod kerajaan je. education pun ramai fake
Quote nuno 31-3-2020 07:50 PM
Ntah2 jep sepahtu dalam tu

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.122714 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top