CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicekup Memadu Kasih Di Pantai Ketika PKP

31-3-2020 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4323| Komen: 23

Segelintir masyarakat seolah-olah sedikitpun tidak gentar dengan jangkitan wabak Covid-19 apabila mereka sewenang-wenangnya melanggar arahan kerajaan supaya duduk di rumah.

Malah, ia bagaikan peluang pasangan kekasih untuk berdua-duaan di kawasan sunyi.


BH Online melaporkan, sepasang kekasih dicekup ketika memadu kasih di kawasan pantai Kuala Kemaman, kelmarin.


Gambar hiasan

Difahamkan, kehadiran mereka disedari anggota penguat kuasa khas COVID-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan perkara itu berkata, lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 23 tahun terbabit yang ketika itu berada di atas sebuah motosikal cuba melarikan diri sebaik menyedari dihampiri polis.

“Cubaan mereka melarikan diri gagal dan ketika ditanya, mereka mengakui tahu mengenai larangan berada di luar sepanjang PKP, namun gagal mengemukakan alasan munasabah mengenai kehadiran mereka di tempat kejadian.


“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020," katanya. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msxx 31-3-2020 06:36 PM
yg pompuan gatal biji, yg laki perlu lunas bil air. Hahahaha
Quote sharlenetexas 31-3-2020 06:58 PM
Tak mampu social distancing dengan bf
Quote shernazz 31-3-2020 07:01 PM
Nnt pas pkp kawen ya
Baru tau best memadu kasih dlm rumah
Quote cap_ayam 31-3-2020 07:04 PM
sharlenetexas replied at 31-3-2020 06:58 PM
Tak mampu social distancing dengan bf

Hahahha yelah suasana romantik macam pantai ni aku yang punya gituu..
Quote syadq 31-3-2020 07:05 PM
So guna la duit nak kawin buat bayar saman nanti. Tu pon kalau ade
Quote Kurex 31-3-2020 07:06 PM
Guna tangan la wahai jantan
Quote Jorja 31-3-2020 07:12 PM
Kenapa tak larik masuk dlm laut
Quote imransulaiman 31-3-2020 07:31 PM
Kena rotan tak? Kalau kena, padan muka! {:good
Quote Cassieopeia 31-3-2020 07:40 PM
adoila, ce bg dok wad covid baru insaf agaknya
Quote anarina 31-3-2020 07:59 PM
Ada kwn aku kawin time covid mmm heaven haha memerap kat umah
Quote belilies 31-3-2020 08:23 PM
Padan muka kene tangkap {:thief
Quote insulin 31-3-2020 08:31 PM
20 tahun kemudian.......”Anak2ku, beginilah cara cinta mama papa semakin kukuh".


Quote salmon-suki 31-3-2020 08:55 PM
Kalau laa dah kawin time covid ni,bermadu kasih haaa..terperangkap sebulan pun ok{:smile{:love
Quote tagas 31-3-2020 09:00 PM
get a room laa
Quote sharlenetexas 31-3-2020 09:01 PM
salmon-suki replied at 31-3-2020 08:55 PM
Kalau laa dah kawin time covid ni,bermadu kasih haaa..terperangkap sebulan pun ok{:smile{:love

Tak yah bunting pelamin. Sebulan duk rumah
Quote salmon-suki 31-3-2020 09:02 PM
sharlenetexas replied at 31-3-2020 09:01 PM
Tak yah bunting pelamin. Sebulan duk rumah

Hahaahahahahaha..ni bunting covid sis..wakakaakakaka~

Rugi aiolzs tak g pinang je sapa2..choiiiii~kekekeke~
Quote LautBiru52 31-3-2020 10:18 PM
Tak pasal2. Kawin je la dek. Time pkp ni boleh honeymoon lama2
Quote ronin 31-3-2020 11:25 PM
In case kalau dah terlanjur...

Kalau dpt anak lelaki nama Covidson. Anak perempuan Covidara..
Quote Perawankota 1-4-2020 12:24 AM
Time2 PKP ni klu kena tangkap pon, pejabat agama x benar kan sebarang upacara akad nikah.. Yg nk nikah ni pon kena postpone nikah..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.306899 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top