CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suruh Wanita Tiru Suara Doraemon Dan Manja? Banyak Lagi Isu Lebih Kritikal Yang Patut Fokus

1-4-2020 09:45 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9936| Komen: 66





Belum lagi reda dengan penamatan kontrak aktivis, Syed Azmi sebagai Ahli Pemegang Amanah YKN, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi menterinya, Rina Harun sekali lagi trending di Twitter. Lebih hebat, ia menjadi bahan jenaka kepada warganet.

Dengan dua keping poster yang memaparkan tip kebahagiaan rumah tangga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ianya dikritik kerana memberi nasihat yang kononnya mencuit hati tetapi agak meloyakan. 

Apatah lagi memuat poster kemesraan suami isteri tetapi dalam masa sama mengabaikan isu yang lebih penting seperti ibu tunggal tidak cukup makanan dan sebagainya.


Twitter

Mungkin niat KPWKM adalah untuk menggalakkan isteri bekerjaya tetap tampil menawan di rumah. Namun, meminta isteri bersuara seperti Doraemon dengan seruan dari kerajaan, ia telah merendahkan martabat wanita sekaligus meletakkan tahap kematangan menteri itu sendiri.

KPWKM
Ia menjadi lebih hangat apabila poster tersebut jelas menunjukkan kecenderungan sistem patriaki yakni melebihkan kaum lelaki berbanding wanita.
KPWKM
Setelah banyak pendapat dikemukakan, akhirnya KPWKM memadam sekeping poster dari empat poster yang berligar di media sosial. Malahan ada yang mula membandingkan kewibawaan Menteri sekarang dengan Menteri terdahulu akibat topik yang dibawa.

KPWKM
Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan apa yang dibawa oleh kementerian tersebut ada gunanya terutamanya dalam musim PKP saat ini.
Twitter

Terdahulu isu yang juga menjadi pertikaian ialah Talian Kasih-Nur ditutup ketika PKP berlangsung. Namun setelah mendapat kritikan, ianya dibuka semula. Apa pun, setiap maklum balas yang diterima hendaklah diterima dengan hati terbuka untuk kemasalahatan semua pihak. - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • mummyina

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronin 1-4-2020 09:51 AM
Stay at home..be safe...make your partners happy while at home...this is the gist of what she said.

Either you are a butthurt, immature or imbecile....you should stfu..
Quote hyie 1-4-2020 10:02 AM
iols perati orang Malaysia ni rata2 pembaris yach..ibaratnya tak faham BI pastu google translate dan terima bulat2 terjemahan tu walaupun tunggang-langgang dan maksud lari.

suara Doraemon tu merujuk suara yang lemah lembut, tak kasar,m comel gitu lah...kena perlu lebih2 triggered? sebab ada orang lain pon triggered so kau pon kena gelabah tetek sama? choiiii

level apa pemikiran diorang ni ya sampai sikit2 nak sentap menggelabah bagai...benda kecik suka diperbesar sampai jadi satu isu negara...
Quote tripleid 1-4-2020 10:07 AM
gaji 50k sebulan utk bagi nasihat bodo camni je..baik upah diva AA jah jadi menteri
Quote Genkidesuka 1-4-2020 10:39 AM
assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

betullah katanya tu.  kalau time bukan time covid19 pun suami isteri kena saling jaga hubungan, inikan pula time mco.  time mco ni, muka tu la yg kita hadap 24 jam kat rumah.  masa ni la para isteri lebih mudah nak terasa, nak berselisih pendpt, nak stress dgn pasangan.  tk pyh pergi jauh.  baca kt thread luahan pun cukup.  harap2 dlm pd mereka sdg bersedih atau marah, mereka tkkan lupa bahawa mereka itulah madrasah anak2.  budak2 can also sense the moods around them.  don't let our behaviors scar them emotionally for life.

oleh itu, sebelum terjadinya perpecahan, sabarlah setinggi langit wahai suami isteri sekalian.  kesabaran yg tinggi dihasilkan oleh iman yg tinggi.  iman yg tinggi dibuahkan oleh amal yg byk.  amal yg byk terjadi dari ilmu.  sama spt perkataan pertama yg Allah s.w.t turunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w, BACALAH.  maka tuntutlah ilmu fardhu ain, ilmu rumahtangga dll ilmu yg bermanfaat agar kita diredhoi Allah, bahagia dunia akhirat.  pasangan kalian takkan jd sempurna, kalian takkan jd sempurna.  tp kita wajib terus berusaha utk menjadi sempurna.
Quote aHoi83 1-4-2020 10:51 AM
Good advice utk mereka yg stress dok umah tkleh kuarkan. Semalam i try buat suara doremon kat laki n anak. Pastu laki balas dgn suara nobita. Terus satu rumah gelak. Pasni nk try suara aishah bercakap plak
Quote PakatHanat 1-4-2020 11:02 AM
patut la statistik penceraian lepas kawin bwh 3 tahun tinggi. sbb tak boleh kena tegur atau nasihat. menjanda pun takpe asal ego kekal tinggi. lapangkan dada terima je nasihat demi kebahagian rumahtangga khen.

lepas wabak covid19 ni reda, hospital kena prepare 9 bulan lagi, kadar kelahiran mesti memancut2.
Quote anony-mous 1-4-2020 11:05 AM
Xphm apa yg salah actually? Dasyat feminist ni.
Quote capiloton 1-4-2020 11:07 AM
bahasa mudah nak paham, dia cakap
jangan jadi SINGA BETINA kat rumah.
jadikan rumah sebagai sorga donia utk keluarga, bukan nya zoo negara.

Quote edee_91 1-4-2020 11:12 AM
ronin replied at 1-4-2020 09:51 AM
Stay at home..be safe...make your partners happy while at home...this is the gist of what she said.
...

                     

Quote edee_91 1-4-2020 11:13 AM
hyie replied at 1-4-2020 10:02 AM
iols perati orang Malaysia ni rata2 pembaris yach..ibaratnya tak faham BI pastu google translate dan ...

kita dah tak jauh beza dengan cerita tamil yang kuat drama.
Quote edee_91 1-4-2020 11:14 AM
aHoi83 replied at 1-4-2020 10:51 AM
Good advice utk mereka yg stress dok umah tkleh kuarkan. Semalam i try buat suara doremon kat laki n ...

                     

Quote SisthurVirus 1-4-2020 11:15 AM
@sarah82 tak komplen pula thread yang wartawan Cari buka ini pula ye.
Quote sarah82 1-4-2020 11:15 AM
SisthurVirus replied at 1-4-2020 03:15 PM
@sarah82 tak komplen pula thread yang wartawan Cari buka ini pula ye.

Bla.. Bla.. Kesiannn.. Bugis.doom mula meroyan..
Quote SisthurVirus 1-4-2020 11:19 AM
sarah82 replied at 1-4-2020 11:15 AM
Bla.. Bla.. Kesiannn.. Bugis.doom mula meroyan..

Kesian Sarah....jangan lupe minum air suam...
Quote sarah82 1-4-2020 11:19 AM
SisthurVirus replied at 1-4-2020 03:19 PM
Kesian Sarah....jangan lupe minum air suam...

Kesian bugis.doom sedang menyalak cari pasal.
Quote SisthurVirus 1-4-2020 11:22 AM
sarah82 replied at 1-4-2020 11:19 AM
Kesian bugis.doom sedang menyalak cari pasal.


Ini Cari forum la....Yg uols Cari pasal dengan forummer lain kenapa?

Sampai dengan doktor HSB si Axl_bach tu pun uols buat gaduh....Teruk betul
Quote sarah82 1-4-2020 11:23 AM
SisthurVirus replied at 1-4-2020 03:22 PM
Ini Cari forum la....Yg uols Cari pasal dengan forummer lain kenapa?

Sampai dengan doktor HSB ...

Bila bugis.doom menyalak2..woww.. Nah tulang.. Pi makan sana.
Quote SisthurVirus 1-4-2020 11:25 AM
sarah82 replied at 1-4-2020 11:23 AM
Bila bugis.doom menyalak2..woww.. Nah tulang.. Pi makan sana.


Uols dengan doktor HSB pun gaduh...dengan mendiang aunty Tan pun gaduh.

Bendul bilik air Tok Syarifah pun uols gaduh.

Teruk la uols ni....

Quote sarah82 1-4-2020 11:28 AM
SisthurVirus replied at 1-4-2020 03:25 PM
Uols dengan doktor HSB pun gaduh...dengan mendiang aunty Tan pun gaduh.

Bendul bilik air Tok  ...

Seteruk aku.. Aku tak maki mak bapak org lain dgn perkataan BABI.. Sehebat ang.. Bugis.doom.. babi kan keturunan aku.

Tapi no hal.. Nanti Allah swt byr cash 3× ganda kat setiap keturunan ang..

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.067864 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top