Selepas Black, Tomok dan Shuib membuat permohonan maaf dengan netizen berkenaan bantuan kerajaan yang khusus kepada golongan artis, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad turut membuat langkah yang sama. Walaupun membuat permohonan maaf, tindakan Nabil berkongsi satu babak filem Allahyarham P.Ramlee menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. Ada yang mendakwa Nabil tidak ikhlas. Lihat video. Rata-rata wargamaya rasa kecewa dengan sikap Nabil yang dilihat tidak ikhlas meminta maaf itu.
Menyedari hal tersebut, Nabil tampil memberi maklumbalas mengenai perkara itu. Korang pon bila menegur nampak tak ikhlas nyer! "Salam semua, saya selalu cakap my fans are my friend. Alhamdulillah friends akan gunakan kata-kata dengan cara yang betol untuk menegur. Saya paham ramai yang cakap saya tak ikhlas bila mintak maaf tapi korang pon bila menegur nampak tak ikhlas nyer. Lebih nak menjatuh kan dari membetol kan so kite ni same guys. Kita tak suka disakiti tapi kita menyakiti, saya post video anak saya baca doa tapi korang gunakan kata-kata kesat kat komen!! Kemon laa guys we are better than that!! Saya nak jadi kan ini post yang last pasal isu artis dengan netizen ni!!" "Saya masih Ahmad Nabil yang despatch dulu. Masih same guys masih susah masih mencari rezeki untuk keluarga masih menanggung mak dan ayah same macam korang jugak. Kita move on and same doa covid ni berakhir yeaaa. Betol tak ke mana kerjaya artis tanpa sokongan peminat. Itu reality tapi masing-masing jaga hak masing-masing yeaaa. Terima kasih kepada yg menegur cara islam dan kepada owner-owner fake acc yang dibuat just untukk bakar line #silameninggal ..take care guys" Tinjauan mendapati hantaran ini telah dipadamkan. Apapun, oklah Nabil nak move on sebab tak nak perkara ini berpanjangan. Baguslah, sebab tanpa peminat siapalah artis.- CARI |
chandrahusin replied at 2-4-2020 04:04 PM
artis diam je lah dulu
terus buat benda baik2
nak beperang dgn netizen buat apa
ADVERTISEMENT