Tahukah anda? Bermula Januari 2016, Telekom Malaysia (TM) mula mengenakan caj RM5 bagi setiap bil bercetak. TM juga menyarankan pengguna untuk mendaftar e-bill. Pengenalan TM e-bill sebagai sistem bil pilihan adalah selaras dengan usaha industri untuk maju ke hadapan, ke arah kehidupan yang banyak menggunakan digital serta mengurangkan kertas, simbol mesra alam. Sebagai pengguna TM, anda juga boleh mendaftar e-bill untuk menyemak bil semasa. Sebelum mendaftar, ada beberapa perkara perlu dipastikan dan disediakan. Pertama, nama pelanggan seperti yang didaftarkan dalam bil telefon TM anda. Jika pendaftaran sebelum ini bukanlah atas nama anda, tetapi nama orang lain seperti nama bapa anda sebagai nama pelanggan, maka anda perlu menggunakan nama bapa untuk pendaftaran e-bill ini.
Kedua, sediakan nombor kad pengenalan pelanggan tersebut. Ketiga, nombor telefon TM atau nombor servis. Ia adalah nombor telefon yang didaftarkan dalam bil/akaun. Dalam bil bercetak yang selalu anda dapat, ia tertera di bahagian atas sebelah kiri bil yang tertera sebagai No Rujukan. Keempat, emel. Pastikan emel yang anda sediakan aktif, boleh diakses dan digunakan untuk urusan penghantaran e-bill. Kalau anda dah sediakan semuanya, anda boleh mula mendaftar e-bill TM. Pertama sekali, layari laman web https://unifi.com.my/e-bill/index.html. Anda akan tiba di portal rasmi unifi. Pada portal ini, tekan butang REGISTER FOR E-BILL NOW. Skrin akan bertukar gelap. Anda perlu benarkan pop-up window untuk browser. Akan tertera di bahagian atas skrin anda. Klik Allow pop-up untuk membenarkan sebarang pop-up box untuk tertera di skrin anda. Kemudian, sebuah pop-up box akan tertera, dan ada ruangan untuk anda isikan. Pada My Email Address, masukkan alamat emel yang anda ingin daftar dengan akaun TM anda. Kemudian, tekan butang Enter di keyboard anda. Pada ruangan Create Profile, masukkan nama yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kemudian, pada ruangan Enter Email Address, sahkan alamat emel yang anda masukkan dan tekan butang Next. Seterusnya, pada ruangan Set Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kata laluan mestilah minimum lapan aksara dan mesti disertakan minimum satu simbol. (contohnya, #awesome). Kemudian, tekan butang NEXT. Pada Choose your ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda. Untuk kad pengenalan, pilih National ID. Seterusnya, pada Enter ID Number, di bahagian SELECT, pilih MYKAD. Kemudian, pada ruangan untuk ID Number, masukkan nombor kad pengenalan anda. Tekan butang NEXT. Untuk pengesahan seterusnya, tekan butang CONFIRM, dan tekan butang TAKE ME TO LOGIN. Kemudian, masukkan semula alamat emel anda dan password anda. Seterusnya, tekan butang NEXT. Anda berjaya login ke akaun e-bill TM anda, yang juga bersama dengan akaun untuk unifi. Kesimpulannya, platform secara online adalah satu langkah alternatif daripada TM untuk memudahkan anda menerima bil anda. Risiko kehilangan bil dapat dielakkan dengan adanya penghantaran bil ke alamat emel yang anda daftarkan untuk akaun e-bill anda. Daftarlah sekarang dan mudahkan urusan anda. Selamat berjaya! - CARI
|
krustykrab replied at 10-4-2020 02:46 AM
Download je apps myunifi
Groovykid replied at 24-4-2020 05:38 PM
Tq useful info
ADVERTISEMENT