Sebelum ini, kecoh apabila roti dan telur menjadi bahan makanan utama yang diserbu pengguna. Akibat permintaan tinggi terhadap produk roti berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, syarikat pengeluar roti terpaksa meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang kian melonjak.
Bagaimanapun, amat menyedihkan apabila segelintir individu membeli roti dalam kuantiti banyak hingga menyebabkan pembaziran. Perkara ini didedahkan seorang pengguna Twitter, Zambri Mohd Isa, semalam. "Sikap tamak akhirnya membazir dan menyebabkan orang lain tak dapat merasa," tulisnya. Bersama ciapannya itu, Zambri sertakan sekali gambar menunjukkan dua bungkus roti yang masih penuh isinya dibuang di tempat pembuangan sampah. Perkongsian itu mendapat perhatian warganet lain yang rata-ratanya kecewa dengan sikap tamak individu mementingkan diri ini. "Tarikh luput roti seminggu je, beli banyak-banyak buat apa. "Inilah perangan sesetengah masyarakat yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di media sosial. Orang beli, dia pun sibuk nak beli. Padahal bukan jenis makan roti," antara komen warga maya. Sementara itu, segelintir warganet memberi cadangan apa boleh dilakukan bagi mengelakkan pembaziran. - CARI
|
bakingsoda replied at 1-4-2020 06:01 PM
simpan dlm freezer laaa nak tahan lama, aku amik roti dlm freezer beku2 terus toast jd balik mcm rot ...
unclog replied at 1-4-2020 06:05 PM
mengapa memilih utk menghampiri kemudaratan...?
ellez replied at 1-4-2020 05:40 PM
Tu pasti beli roti lbh dr keperluan,so tak habis mkn lalu expired..
Membazirnya..
Hmmm
Kurex replied at 1-4-2020 05:41 PM
Ni la orang bodoh
unclog replied at 1-4-2020 06:09 PM
sometimes it's not what you need but just to fulfil your inner self being of the feel good factor ...
bakingsoda replied at 1-4-2020 06:01 PM
simpan dlm freezer laaa nak tahan lama, aku amik roti dlm freezer beku2 terus toast jd balik mcm rot ...
ADVERTISEMENT