CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Turun Bukit, Hantar Bantuan Covid-19 Untuk Penduduk Pedalaman Sabah

2-4-2020 12:30 PM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 2273| Komen: 5|Original author: Ceteria Hukama

Kredit : Borneo Today
Mendaki dan menuruni bukit dengan berjalan kaki selama tiga jam sambil memikul raga yang mengandungi barangan keperluan.

Itu antara cabaran yang dihadapi ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mayoq, Penampang, Sabah untuk menyerahkan bantuan kepada penduduk pedalaman yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kredit : Borneo Today
Menurut portal BorneoToday.com, MPKK Mayoq mengambil inisiatif menghantar barangan keperluan itu di lapan perkampungan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mayoq.


Pengerusi MPKK Moyog, Eddie Sone Joikol berkata, lapan perkampungan berkenaan ialah Kampung Moyog, Kampung Mongkusilad, Kampung Koliasan, Kampung Malapi, Kampung Mompoit, Kampung Kipandi, Kampung Lombiding dan Kampung Tadong-adong.

"Kesemua perkampungan itu terletak di pedalaman dan kebanyakannya hanya boleh diakses dengan berjalan kaki.

"Tambah mencabar, kami perlu berjalan kaki di kawasan denai yang lecak sejauh  kira-kira lima kilometer bagi menghantar bantuan berkenaan," katanya kepada BorneoToday.

Kredit : Free Malaysia Today
Eddie berkata, kesemua barangan keperluan itu iaitu beras, minyak masak, gula, garam dan tepung gandum merupakan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Jenifer Lasimbang.

Beliau berkata, walaupun agak keletihan, AJK MPKK Mayoq lega dapat menunaikan amanah menyampaikan bantuan tersebut kepada penduduk memerlukan.

"Kebanyakan penduduk pendalaman tersebut yang merupakan golongan petani kini dalam kesempitan kerana tidak dapat menjual hasil pertanian masing-masing akibat penguatkuasan PKP.

"Pada masa sama, kita juga tidak mahu mereka kerap keluar (dari perkampungan) bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19," katanya.- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 2-4-2020 12:31 PM
Terbaiklah MPKK diorg
Quote Boomibulat 2-4-2020 01:06 PM
Kesian..dok ceruk pedalaman pn kena PKP..
Quote biozipstar 2-4-2020 01:31 PM
YEAY!! TAHNIAH yang berusaha!
Quote dua_chzy 2-4-2020 01:39 PM
Sadin murah begitu ja kamurang bagi. Eiiiiiii!!! Bagi la ba Sadin Yeo's at least!
Quote Forfoxache 2-4-2020 02:34 PM
Boomibulat replied at 2-4-2020 01:06 PM
Kesian..dok ceruk pedalaman pn kena PKP..

Ntah2 dorang dah self reliant tapi standard la politician cari mileage,” have to climb monten and redah hutan to send supplies”.

Attention whoring for political mileage...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.397007 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top