CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Penjawat Awam Bukannya Terkena Covid-19, Kenapa Dapat Bantuan RM500 Juga? Gula-Gula Ke?" - Netizen

2-4-2020 02:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13216| Komen: 72




Seperti yang dijangka, Bantuan Prihatin (BP) sebanyak RM500 kepada penjawat awam dipertikaikan oleh segelintir warganet. Menurut mereka, BP ini adalah untuk mereka yang terkesan akibat wabak Covid-19 seperti dibuang kerja, tidak boleh meniaga, gaji dipotong dan sebagainya. Namun, penjawat awam bukan lah kategori tersebut.

Jika ianya didakwa untuk barisan hadapan bagi menangani virus ini seperti kakitangan kesihatan dan badan beruniform lain, mereka sudah pun mempunyai tambahan elaun khas. Persoalannya, mengapa mereka yang tidak terkesan patut mendapat bantuan? Duit rayakah atau gula-gula?

Twitter

Pelbagai pendapat diberikan oleh warganet yang lain. Ada yang menyatakan nama lain kepada Bantuan Prihatin ialah Pakej Rangsangan Ekonomi. Jadi ia secara tidak langsung menjana ekonomi negara.

Ada pula yang berpendapat itu adalah bonus raya, tetapi tidak pula terjumpa keterangan PM dalam laporan tersebut. Tetapi untuk menjawab "Kami pun penat kerja ni" agak menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang selebihnya.



m-star
Bagi orang 'gomen' mereka tetap bekerja dari rumah, membuat laporan, mengadakan mesyuarat menerusi aplikasi dan sebagainya. Jadi RM500 itu adalah bantuan untuk merangsang ekonomi dengan membeli daripada golongan yang terkesan.
Bagaimanapun, ia masih tetap tidak menidakkkan bahawa jawatan mereka masih ada, gaji dibayar setiap bulan dan pendek kata mereka bukan golongan yang terjejas akibat Covid-19 ini.
Blog

Jika hendak dibandingkan dengan rata-rata yang bekerja swasta, berniaga kecil-kecilan atau SME, semuanya terpukul dengan wabak ini. Jadi, bantuan untuk mereka adalah wajar. Tetapi untuk penjawat awam?

Blog
Walaupun PKP baru dua minggu, kesannya sudah nampak sekarang, jadi ianya bukan setakat meluah rasa kerana terbukti sudah banyak syarikat kecil yang ditutup, pekerja kehilangan kerja dan keluarga yang terhimpit.
"Time krisis yang boleh bikin ekonomi jahanam camni, dia sembang bonus. Woi, orang kat luar sana tu dah hilang kerja, gaji dah kena potong, tak fikir pasal bonus langsung la."
Bernama

Duit bonus, duit raya atau pun duit undi apa semuanya akan menyumbang kepada ekonomi negara. Di kala penjawat awam masih mendapat gaji, kerja masih ada, berhati-hati lah kala bertutur atau berbelanja, bimbang akan menyinggung mana-mana pihak lain yang terkena tempias Covid-19 ini.
Semoga kita sama-sama bangkit dari kemelesetan ekonomi dunia ini. - CARI 
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 2-4-2020 02:50 PM
Bodoh la korang. Diaorang pun ramai yang kena kerja.
Quote sarah82 2-4-2020 02:52 PM
Bagi aku.. Tu rezeki gov servants.. Jadi biar la.. Jangan dengki pada rezeki depa.. Depa pun ada hak juga.
Quote Themilo 2-4-2020 02:55 PM
apa la bangsa-bangsa pendengki ni. ko tau tak jiran aku penjawat awam, kena kerja time covid. anak-anak pulak takde taska / pengasuh yang nak jaga. nak hantar balik kampung, tempoh MCO pun short notice. terpaksa tinggalkan pada anak sulung umur 13 tahun untuk tengok-tengokkan anak yang kecik. lunch hour, bergegas laki bini balik rumah untuk tengok anak, then naik office semula. meols pun kadang-kadang pasang telinga, jenguk-jenguk juga, takut jadi apa-apa kat budak-budak tu kat rumah.


sapa yang cakap penjawat awam tak terkesan tu, memang spesis busuk hati.
Quote gadogado 2-4-2020 03:13 PM
Edited by gadogado at 2-4-2020 03:56 PM

  
Quote fishcracker 2-4-2020 03:19 PM
Ni lagi sekor {:freak
Pasal duit memasing keluar true color deep inside
Quote Bholatchomel 2-4-2020 03:26 PM
kenapalah dgn diorg ni..  nak mata merah dengan rezeki org.. kerajaan tolong salah tak tolong salah.. semua nak di pertikaikan kenapa... rezeki korang dah tertulis pun dapat sekian2..  jgnlah busuk hati sangat..
Quote syadq 2-4-2020 03:29 PM
Sebab takde kwsp
Quote sarahmirza 2-4-2020 03:32 PM
Themilo replied at 2-4-2020 02:55 PM
apa la bangsa-bangsa pendengki ni. ko tau tak jiran aku penjawat awam, kena kerja time covid. anak-a ...

Kesian la yang kena kerja.
Dia kerja bahagian mana? Kaunter ke?
Ada yg i kenal ni terus takde kerja...
Duduk kuarters tak nak katanya bosan, balik rumah mertua duduk terkangkang merungut dalam rumah ramai sangat org sampai berbelas orang ipar, biras, anak sedara bagai... hahahaha
Quote supermum 2-4-2020 03:35 PM
Penjawat awam sekeliling aku majority kerja. Even yang tak turun ofis pun still work from home. Yang gred rendah free sikit kot, tapi apela nak question rezeki dorang. Bukannya banyak sampai tahap beli ifon cash. Sekali sekala merasa.
Quote sonatalady 2-4-2020 03:41 PM
Ok..fasa seterusnya
Netizen vs penjawat awam..
Go.....
Quote misuke 2-4-2020 03:53 PM
Erkkkkk.. fakta baru hari ni... penjawat awam x kena covid?
Quote kisahkeaku 2-4-2020 03:54 PM
Akak bg contoh akak je ya.laki keja kat spore tak blh blk sbb bos dia x bg UL,padahal laki akak keja technician je.end up skrg ni PKP kena smbg,ada kwn dia yg UL dah kena buang keja.gaji x besar mana pun.akak gaji gomen pun x besar.dah beli brg dapur,byr yuran taska dgn van sekolah anak2 yg still kena byr xde diskaun,dah susut dah haa gaji.mungkin selamat laa loan lain x yah byr dulu sbb ada moratorium.tp lppsa kena potong jgk.anak2 tgh membesar,asik mkn je sejak duduk rumah.tp xkan nak sekat anak2 nak mkn.lps tu kena WFH buat laporan mcm2 haaa.latest ni jkpak dgn jkpa.nak harap duit laki,mcmana dia nk send duit sbb lg rugi kalau pki online dr sana sbb bank convert cas lg mahal.so tlg kesian laa kat akak yg keja gomen ni haa.tu pun ada yg ckp gomen bg bantuan khas tu sebenarnya bantuan khas raya.cuma mmg dia x mention.tp nnt masa bln mei mungkin x dpt dah bantuan khas raya tu.
Quote nuno 2-4-2020 03:58 PM
Susah jugak kan?dapat salah tak dapat salah,
Aku bukan gomen servant, aku percaya derang pun tak mintak apa2 bantuan khas, rezeki masing-masing cubalah untuk berlapang dada, sia-sia je solat kamu, sedekah kami sampai rezeki yang allah tentukan pun kami pertikaikan
Mana2  yang gomen servant tu meh la sini sikit sedekah kat aku
Quote MissyMolly 2-4-2020 04:17 PM
nuno replied at 2-4-2020 03:58 PM
Susah jugak kan?dapat salah tak dapat salah,
Aku bukan gomen servant, aku percaya derang pun tak m ...

bagusnya pendapat...tp ayat last tu...cuma kalau staff ada ja buat part time...cth ada yg mlm2 jual burger,yg weekend buat teksi sapu/grab illegal.serba-salah jd PM ni...ada je tak betul
Quote MissyMolly 2-4-2020 04:19 PM
sonatalady replied at 2-4-2020 03:41 PM
Ok..fasa seterusnya
Netizen vs penjawat awam..
Go.....

bahaaaaahaa...kan...nampak naw takde keje netizen ni...
Quote MadameOnion 2-4-2020 04:23 PM
aku penjawat awam keja jugak la....eeeiiii busuknya hati..sebab tu rezeki kau tak murah kot
Quote nuno 2-4-2020 04:23 PM
MissyMolly replied at 2-4-2020 04:17 PM
bagusnya pendapat...tp ayat last tu...cuma kalau staff ada ja buat part time...cth ada yg mlm2 j ...

Ye..bukan senang nak puaskan hati semua pihak, kalau tak, takkan la sampai sekarang bini pm asik tanya pm siapa kiah?kiah mana satu baik abang bitau saya??
Aku vendor utk gomen jer, bila time lunch lepak ngan derang dengar keluh kesah kesian gak, memang ada yang buat 2 3kerja,ada yang bawak kacang2 jual kat opis minta tolong beli support kawan2 katakan
Quote palmolive 2-4-2020 04:27 PM
ayat carik gaduh ni..
Quote Acikgomen 2-4-2020 04:27 PM
Haloooooo dengki betul kan
Wfh nih ingat senang ke
Walaupun idak le busy menatap lappy mcm staf sime darby
Mcm acik neh, tgh masak, tgh sidai baju, tgh vacuum lantai, semua email jawab tak tunggu sampai sejam dlm inbox hokehhh
Dapur acik nih dah jadi ofis tau takkk
Mana dgn nak komen dlm porem lagik

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.039994 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top