CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakitnya Hanya Allah Yang Tahu - Bekas Pesakit Covid-19 Cerita Detik Masuk ICU

2-4-2020 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6305| Komen: 41

Berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) semasa dijangkiti virus Covid 19 ternyata menjadi detik paling mencabar buat peneraju sambilan Bernama Radio ini, Tengku Amylia Tengku Perang.


Memetik laporan Bernama, wanita ini berada selama lima hari di ICU sebelum akhirnya disahkan sembuh.

“Malam pertama dimasukkan ke hospital, saya dipindahkan ke ICU apabila mengalami kesukaran bernafas,” katanya menerusi temu bual di Bernama Radio.

Namun, beliau bersyukur kerana cepat mendapatkan rawatan di hospital.

Kredit foto: Facebook/ NST

 “Sakitnya hanya Allah yang tahu. Selain alat bantuan pernafasan, saya dimasukkan drip (titisan intravena) kerana tidak berselera untuk makan dan minum.


“Saya betul-betul terlantar sakit, tidak ada kekuatan langsung.

“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih dengan petugas di Hospital Sungai Buloh kerana mereka menjaga saya seperti keluarga mereka. Layanan yang diberikan sangat baik sekali,” katanya.

Amylia kini sudah 90 peratus sihat, menyeru orang ramai agar tidak takut atau menyembunyikan sebarang maklumat jika berisiko dijangkiti virus berkenaan. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PristineOne 2-4-2020 02:05 PM
Tukang buat tred...

Ada yang kuat tahan sakit.....ada yg tak kuat..
Tapi yg pasti - bawak mati.

Tak payah la nak tao sakit kena covid 19 ni tahap mana - end result kalao tak dirawat segera - mati.

Tukang buat tred tanya - macam sakit nak bersalin ka? Sakit nak beranak- vagina terkoyak....kena teran...

Yg sakit Co19 ni ....lebih kepada serangan pada paru paru . Sesak nafas.....fibrosis. Dada rasa ketat.  Its more macam kena serangan jantung kata sesetengah yg kena jangkit tapi pulih.

Tapi yg pasti - tak rawat -MATI

Tak nak duduk rumah - pergi la merayau . Nasib baik masuk lokap polis - nasib tak baik, dapat Co19 - Mati!
Quote Forfoxache 2-4-2020 02:06 PM
Who the fcuk is this?
Quote Nahnukutu 2-4-2020 02:10 PM
PristineOne replied at 2-4-2020 02:05 PM
Tukang buat tred...

Ada yang kuat tahan sakit.....ada yg tak kuat..

Terima kasih awak

Jangan lah marah...

Tak kata pun nak merayap... tengah patuh duduk rumah ni.... peace ya!


Quote PristineOne 2-4-2020 02:13 PM
Nahnukutu replied at 2-4-2020 02:10 PM
Terima kasih awak

Jangan lah marah...


Good gurl
Quote jazaa100 2-4-2020 02:18 PM
Tukang buat tred...

Sakit covid-19 ni symptom dia demam semua tu, tapi lebih teruk dari demam sbb dia attack paru paru....klu demam biasa, tarik napas tahan sat utk 10saat klu tak terbatuk ok tu bkn covid....tapi klu covid...tarik napas & tahan utk 10saat dah terbatuk, tu covid-19 dah mnyerang

Tukang buat thread....
Mengikut cerita org yg pernah kena covid & dah pulih, nak bernafas pun susah....tarik mafas tak blh tarik dalam dalam.....tersekat.....sbb tu kena pi hosp urk di rawat....sbb tu klu yg teruk di bantu dgn alat pernafasan.....



Quote Knowlee 2-4-2020 02:21 PM
Pegi Facebook, cari video video oversea yg pesakit dlm ICU sendiri bagi ucapan. Dengar mcm mana diorg bercakap. Kalau itu pun masih tak faham mcm mana rasa sakit, kau letak batu bata 4-5 biji atas dada sambil baring, then cuba bernafas. Ya, mcm tu rasanya. Sebab kena intubate.

Cari juga video CAT scan dari US, yg tunjuk mcm mana infection ni berlaku dalam paru-paru.
Quote Nahnukutu 2-4-2020 02:24 PM
jazaa100 replied at 2-4-2020 02:18 PM
Tukang buat tred...

Sakit covid-19 ni symptom dia demam semua tu, tapi lebih teruk dari demam sbb ...

Terima kasih sdra/i

Penerangan yg sgt bernas

p/s
tak payah lah kot jawapan dimulai dengan seruan kpd saya... rasa nya ramai yang akan mendapat manfaat. tak begitu?


Quote TravellingBear 2-4-2020 02:31 PM
Edited by TravellingBear at 2-4-2020 02:33 PM

Tukang Thread... sakit macam mild pneumonia... atau asthma atau batuk berpanjangan tak benti2 rasa namati


Tak pernah sakit camtu ke???

Hanya yg tahuuuu aje tahu. Jangan buat lawak2 pasal sakit ni sbb silap sikit bawa maut
Quote KIM.K 2-4-2020 02:33 PM
Sel peparu hancur, takleh proses oksigen banyak. Sel banyak rosak menyebabkan sesak nafas/lemas
Pinggang sakit rasa nak patah. Kidney sakit. Halusinasi sbb kurang oksigen
Quote iminidin 2-4-2020 02:46 PM
Sakit2 badan lah umumnya.. Demam kan mcm tu. Cuma Covid-19 ni, sakitnya sekali dengan susah nak bernafas.. Boleh mati.

Harap kita semua terhindar dari dijangkiti..
Tak perlulah pertikai kan apa yang sakit? Mcm nak beranak ke? Tak ckp pon apa yg sakit?

Soalan tak berapa cerdik tu, TT ya...
Quote CARI-MAMS 2-4-2020 02:54 PM
Berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) semasa dijangkiti virus Covid 19 ternyata menjadi detik paling mencabar buat peneraju sambilan Bernama Radio ini, Tengku Amylia Tengku Perang.


Memetik laporan Bernama, wanita ini berada selama lima hari di ICU sebelum akhirnya disahkan sembuh.


“Malam pertama dimasukkan ke hospital, saya dipindahkan ke ICU apabila mengalami kesukaran bernafas,” katanya menerusi temu bual di Bernama Radio.


Namun, beliau bersyukur kerana cepat mendapatkan rawatan di hospital.


Kredit foto: Facebook/ NST




“Sakitnya hanya Allah yang tahu. Selain alat bantuan pernafasan, saya dimasukkan drip (titisan intravena) kerana tidak berselera untuk makan dan minum.


“Saya betul-betul terlantar sakit, tidak ada kekuatan langsung.


“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih dengan petugas di Hospital Sungai Buloh kerana mereka menjaga saya seperti keluarga mereka. Layanan yang diberikan sangat baik sekali,” katanya.


Amylia kini sudah 90 peratus sihat, menyeru orang ramai agar tidak takut atau menyembunyikan sebarang maklumat jika berisiko dijangkiti virus berkenaan. - CARI
Quote Nahnukutu 2-4-2020 02:54 PM
iminidin replied at 2-4-2020 02:46 PM
Sakit2 badan lah umumnya.. Demam kan mcm tu. Cuma Covid-19 ni, sakitnya sekali dengan susah nak bern ...

Kenapa soalan tak cerdik pulak?

Asal tanya kena marah. Ni lah masalah orang kita... sbb tu lah pakat senyap ja... contoh bila org kampung tanya macam mana sakit kena Covid-19 ni jawapan nya ko jgn banyak tanya. Orang kata sakit, sakit lah. Gitu...


Quote Nahnukutu 2-4-2020 02:56 PM
thread dah ada

saya dah buka ya... banyak kan membaca.

Quote Themilo 2-4-2020 02:59 PM
meols pernah suspected kena mers cov back in 2017. ya ampun, nak bernafas pun susah. batuk tak berhenti. nak salin baju punya mengah, macam baru habis marathon 40km. mencungap-cungap. nak berjalan gi toilet pun tak boleh, terpaksa pakai tiub kencing. tangan kiri kanan kena tebuk tapak drip.

tido 1 malam kat ICU.

Quote TravellingBear 2-4-2020 03:03 PM
Nahnukutu replied at 2-4-2020 02:54 PM
Kenapa soalan tak cerdik pulak?

Asal tanya kena marah. Ni lah masalah orang kita... sbb tu lah  ...

Tt maaf terasa ke. Tapi cara tt tulis tu macam mempermainkan...

Sakit susah nak bernafas. Nak batuk tak boleh. Camtu la. Imagine u sakit kena batuk tapi tak boleh batuk. Pastu macam ada tangan ajaib cekik leher susah napas
Quote Nahnukutu 2-4-2020 03:12 PM
TaJwId replied at 2-4-2020 03:08 PM
Sila edit balik pertanyaan tuan tanah, nanti x psl2 stress

biarlah stress dpd kena Covid


Quote Acikgomen 2-4-2020 03:21 PM
Bebalnye tt
Org dah tego cara ko tulis pun ko masih nak tanye kenape nak marah
Tadek sapa marah ko dekkkk
Weols cuma cuba menyekolahkan nubie mcm chuols neh
Harap besabar
Quote TaJwId 2-4-2020 03:25 PM
Aku delete je teguran td, tarik balik.

Semoga tuan tanah x kena covid, tapi kalau kena bolehlah buka thread baru, cerita secara detail macamana sakitnya, adakah mcm sakit beranak atau camne
Quote damsel_fiji 2-4-2020 03:30 PM
Acikgomen replied at 2-4-2020 03:21 PM
Bebalnye tt
Org dah tego cara ko tulis pun ko masih nak tanye kenape nak marah
Tadek sapa mar ...

nubie kerr? tgk gaya mcm si pulauturtle aka herrhughie jahh..dilahirkan semula tetiba jadi kutu gituh

btw utk menjawab persoalan TT..demam biasa pon dah sakit satu badan..apa lagi kalu kena  covid19 nih..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.150981 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top