|
Berang dengan kedegilan segelintir masyarakat yang melanggar Perintah kawalan Pergerakan (PKP), lelaki bertindak menyamar sebagai 'hantu' dengan harapan penduduk di kawasan perumahannya patuh perintah berkenaan.
Namun, tanpa disangka-sangka tindakannya itu mendapat penghargaan daripada pihak polis. Malah, Muhd Urabil Alias menerusi Facebooknya memaklumkan rumahnya didatangi sekumpulan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman selepas fotonya 'beraksi' tular, baru-baru ini bagi merakam penghargaan atas usahanya membantu melaksanakan PKP. "Berdebar perut hantu bila kena serbu, mana taknya bila dua Hilux dan sebuah lori datang rumah. "Ingatkan berusung dalam lori lah petang tadi," tulisnya pada Selasa lalu. Loading FB Post...
Dalam masa sama, Urabil turut berterima kasih kepada anggota terbabit kerana sudi datang ke rumahnya serta menggelarnya "Detektif Hantu". - CARI
|
lazim replied at 30-3-2020 06:48 PM
Hntu tkut. Virus x takut
R2D2 replied at 30-3-2020 07:25 PM
lazim replied at 30-3-2020 06:48 PM
Hntu tkut. Virus x takut

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.330878 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.