CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Isi Minyak Pukul 2.30 Pagi, Kan Dah Kena Tahan

2-4-2020 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3744| Komen: 24

Alasan hendak isi minyak nampaknya tak menjadi buat seorang lelaki ketika didapati keluar rumah pada jam 2.30 pagi, sekaligus menyebabkan dia ditahan pihak berkuasa.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan awal pagi tadi di Kurong Batang, Bintong di Kangar.

“Dia ditahan ketika menunggang motosikal di sebuah jambatan pada waktu tidak dibenarkan untuk berada di luar rumah.

“Suspek memberi alasan ingin keluar mengisi minyak motosikalnya sedangkan semua stesen minyak tidak dibenarkan beroperasi lebih masa dari waktu yang ditetapkan.

Kredit foto: buzzkini


“Kami juga menemui sebilah pisau pada bahagian anggota badan lelaki terbabit sebelum menahannya bagi membantu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew.


Selain itu, dalam operasi semalam dan awal pagi tadi, seramai 14 individu berusia 18 hingga 35 tahun ditahan pihaknya atas kesalahan melanggar PKP.

“Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan semua yang ditahan seperti perlu bertemu rakan untuk urusan yang mustahak di tengah malam, mengisi minyak motosikal dan membeli bekalan makanan di rumah.

“Malah pada operasi semalam, ada yang ditahan memberikan alasan bagi mendapatkan bekalan air ketum. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dituduh dalam masa terdekat,” katanya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 2-4-2020 06:28 PM
Antara koleksi alasan2 tak munasabah..
Hihi
Quote Manjahati 2-4-2020 06:34 PM
Cari pasal betul
Quote myoujin 2-4-2020 06:36 PM
Nak isi minyak ke nak g isi air kat telaga...
Quote Artemesiaa 2-4-2020 06:37 PM
Bagi alasan macam tu diwaktu itu mana tak kena tahan.
Quote shernazz 2-4-2020 06:37 PM
Alasannnnn
Kau main game sampai pkl 2.30 pagi ke tu..baru tersedar minyak x isi lagi
Quote minah_selekeh 2-4-2020 06:39 PM
Alasan bodoh.. Nampak sangat warganegara yang tak peka..
Quote yuki812 2-4-2020 06:42 PM
bila lelaki dah panas bontot terperuk kat umah.
tetap ada akal dia nak cari jalan keluar juga
Quote Skuau 2-4-2020 06:45 PM
kalo tok moh nak pi merawat pesakit,halau jin,antu,saka,buatan ore ka.....yg tu boleh terima ke tak...???
Quote Skuau 2-4-2020 06:49 PM
yuki812 replied at 2-4-2020 06:42 PM
bila lelaki dah panas bontot terperuk kat umah.
tetap ada akal dia nak cari jalan keluar juga

boring la..asyik tgk 'pemandangan' yg sama jer....
Quote yuki812 2-4-2020 06:56 PM
Skuau replied at 2-4-2020 06:49 PM
boring la..asyik tgk 'pemandangan' yg sama jer....

amboi...

nak pemandangan yg best2 jer...
sedar diri tak tu..hahhaha
Quote sapeka 2-4-2020 07:18 PM
Mendapat penginapan percuma
Quote makneng 2-4-2020 07:28 PM
Haduii dah tua pun bodoh.. alasan tak KBAT langsung!
Quote Buritan 2-4-2020 07:42 PM
Manjahati replied at 2-4-2020 06:34 PM
Cari pasal betul

Alasan ; nak kongkek.. lepasss
Quote sarahmirza 2-4-2020 07:52 PM
Bagi la alasan nak jenguk bini no 2, 3 or 4....
Kesian bini2 bernombor kekeringan dan ketandusan kasih sayang suami..
Officemate i si paus tu berkubang kat rumah isteri no 2 yang takde anak, cuma ada anak tiri je..
Isteri pertama yg beranak 2 umur remaja terbiar survive sendiri kat ibu kota..
Entah mana akal dan tanggungjawab pun tak tau la.. dulu nak runtuh bumbung office dia sembang kahwin lagi dengan janda anak 2 umur dah dewasa sangat dari anak sendiri itu sunnah nabi.

Quote edee_91 2-4-2020 08:13 PM
Skuau replied at 2-4-2020 06:45 PM
kalo tok moh nak pi merawat pesakit,halau jin,antu,saka,buatan ore ka.....yg tu boleh terima ke tak. ...

takleh terima. hantu jin setan pun sedar musim2 kawalan pergerakan ni diorang tak boleh kacau lebih dari masa yang ditetapkan.
Quote Dovahkiin 2-4-2020 08:18 PM
Apa yang susah sangat nak duduk rumah diam2? Aku cukup tak faham dengan manusia2 macam ni. Memang aku tak nafikan rezeki aku dapat work from home. Tapi impian jadi kenyataan kot duduk rumah dgn anak bini pun gaji masuk full.
Quote KIM.K 2-4-2020 08:29 PM
Nak buat apa pisau tu. Potong hos pam minyak?
Quote Rahah 2-4-2020 08:31 PM
Mimpi kot...

Merepek je alasan... baru keluar gua ke...
Quote Ladybird910 2-4-2020 09:15 PM
Dulu isteri tanya xmo jawab..lani polis amik alih tugas bini...lalaalaaa...xde lagi isu laki hilang g lepak malam2..

Amik kaw..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.046995 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top