CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Saya Nak Takut, Kena Minta Maaf?" - Zarina Anjoulie Tak Gentar Disaman

3-4-2020 01:00 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 14799| Komen: 84|Original author: Oleh: LilRose

"Kalau ikutkan, saya yang patut buat laporan polis dan saman. Sebab mereka sudah fitnah dan malukan saya."

Demikian kata Zarina Anjoulie mengenai isu dirinya diserang beberapa artis di dalam kumpulan Telegram hingga ada yang mahu menyamannya.



Kredit foto: IG

Pun begitu, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju menegaskan serangan itu sedikitpun tidak membuat dirinya rasa tergugat.

"Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap. Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama.

"Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat. Mereka nak tindas orang yang senang dipijak.

"Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut? Semua nak buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG

Malah, dia juga tidak takut apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadapnya kerana dia yakin tidak melakukan sesuatu yang salah.

Anju juga menyelar tindakan segelintir artis yang mengutuknya berdasarkan isi kandungan dalam kumpulan Telegram seperti yang tular itu.

"Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut? Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.

"Mereka kutuk dan hina saya dan rancang nak saman. Saya sudah tahu dari awal sebab ada yang beritahu. Apabila saya tularkan, mana saman yang kata nak saman saya. Tapi senyap, sebab saya boleh saman malu," katanya.

Anju juga menegaskan dia tetap dengan pendiriannya tidak melakukan kesalahan dan enggan memohon maaf.

"Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?" ujarnya.



Pun begitu, Anju bersyukur dan mengambil positif apabila ada rakan artis ikhlas membantu artis veteran dan pekerja belakang tabir yang memerlukan.

Sebelum ini dunia hiburan digemparkan dengan penularan paparan skrin perbualan kumpulan Telegram artis yang mengecam Anju susulan video yang dimuat naiknya di Instagram.

Difahamkan, antara butir perbualan itu ada yang memperlekeh dan menghina netizen dengan panggilan lembu, IQ (tahap penikiran) rendah.

Berani kerana benar. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PristineOne 3-4-2020 01:24 PM
U go gurl..... Gugurl power!! Say Yes to Anju
Quote Minyakyuyi 3-4-2020 01:27 PM
Xsabar nk tgk 3 org yg anju wt repot tu mengelupor..hahahaha..bak kata anju elok makan daging jgn sampai makan pasir plak..
Quote paz 3-4-2020 01:34 PM
Minyakyuyi replied at 3-4-2020 01:27 PM
Xsabar nk tgk 3 org yg anju wt repot tu mengelupor..hahahaha..bak kata anju elok makan daging jgn sa ...

siapa yang dia saman.
Quote Sachacha 3-4-2020 01:40 PM
Dlm video tu mmg kena point2 anju tu..jgn memain2 ye acik emelda and de geng
Quote sapeka 3-4-2020 01:42 PM
Team anju
Biar mereka terciduk
Nyampah
Quote Arry 3-4-2020 02:06 PM
team anju jugak
Quote nazzse 3-4-2020 02:31 PM
Jenis baik kalau kat luar si anju ni
Quote clarizsa 3-4-2020 02:46 PM
Yes anju
I sokong saman ke retis sampah bengap tu
Quote Issandra 3-4-2020 02:47 PM
#teamanju secara x sengaja
Quote matjerk 3-4-2020 02:49 PM
Anju promote tabita.. Siap ckp semua org tau tabita merkuri tinggi... Dh mmg mcm tu nak bagi putih katanya.. Hmmmm dalam sebok awareness suruh buat kebajikan kat less fortunate kau pegi promote bahan kosmetik merkuri tinggi plak..  Mcm x Kene je
Quote kiah_mai_pulak 3-4-2020 02:49 PM
#teammenggelabahtetekk
Quote YomiuriLandMae 3-4-2020 02:56 PM
kiah_mai_pulak replied at 3-4-2020 02:49 PM
#teammenggelabahtetekk

iols bila tgk video dia tu tabley nak focus.. hahahahah
Quote edee_91 3-4-2020 03:13 PM
matjerk replied at 3-4-2020 02:49 PM
Anju promote tabita.. Siap ckp semua org tau tabita merkuri tinggi... Dh mmg mcm tu nak bagi putih k ...

apa kaitan? dia bukannya create awareness pasal kandungan kimia product.
Quote MadameOnion 3-4-2020 03:44 PM
aku bukan team sesapa..cuma aku suka tindakan anju..biaq semua retis tercidukkkk..dok berasa diri depa level tinggi dari rakyat malaysia yg lain dah kenapa? jilakelah artis malaysia
Quote kiah_mai_pulak 3-4-2020 03:45 PM
YomiuriLandMae replied at 3-4-2020 02:56 PM
iols bila tgk video dia tu tabley nak focus.. hahahahah

hahahhaa. gelabah tetek is real sis... aritu ramai kan tanya mcm mana tetek mngelabah.. hahaha.. anjouling dh buat tutorial tu.. hahahaa
Quote Perk77 3-4-2020 03:50 PM
matjerk replied at 3-4-2020 02:49 PM
Anju promote tabita.. Siap ckp semua org tau tabita merkuri tinggi... Dh mmg mcm tu nak bagi putih k ...

masa dia promote Tabita dia ade ckp mercury tinggi tak? Kalau ade..Dan still ade yg membeli bukan Salah dia la...MCM rokok ...gambo mcm2 tp tetap jua manusia hisap......siap tulis merokok membahayakan kesihatan...
Quote marigold90 3-4-2020 03:57 PM
You go anju..i support u sis
Quote kiah_mai_pulak 3-4-2020 04:04 PM
paz replied at 3-4-2020 01:34 PM
siapa yang dia saman.

ah kak ogy sbb kata netizen tu anjou punya troopers..  kot la.. tunggu je la nnti
Quote L211 3-4-2020 04:08 PM
yg panas sangat artis 2 ni kenapa ??? bukan anju sebut pon nama dorg satu persatu sebelum tersebarnya telegram tu... hahahah lepas tu nak menyaman bagai. bodoh ya amat artis 2 ni..

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.067675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top