CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

PKP Diramal Cetus Fenomena 'Baby Boom' Di Malaysia Awal 2021

6-4-2020 10:04 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 7296| Komen: 78|Original author: Ceteria Hukama

Kredit : my.theparent.com

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 28 hari sehingga 14 April ini dijangka akan meningkatkan kadar kelahiran bayi di Malaysia pada awal tahun hadapan.

Berdasarkan laporan BH Online, ramalan itu dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarha Negara (LPPKN) berdasarkan kajian kes sama dengan situasi hampir serupa yang pernah berlaku di luar negara pada masa lalu.

Ketua Unit Kesihatan Reproduktif  LPPKN, Dr. Hamizah Mohd Hassan berkata, pelaksanaan PKP membolehkan pasangan mempunyai banyak masa untuk bersama kerana  tidak boleh keluar rumah pada jangka masa lama bagi memutuskan rantaian penyebaran wabak Covid-19. 

Beliau berkata, ramalan berkenaan berdasarkan kes-kes kelahiran baru luar biasa yang pernah berlaku di luar negara apabila penduduk terperangkap di dalam rumah dalam tempoh panjang.

Kredit : hellodoctor.com
"Pada tahun 1998, penduduk Maine dan New Hampshire, Amerika Syarikat telah terperangkap di dalam rumah dalam jangka masa lama berikutan kejadian ribut salji buruk yang menyebabkan kedua-dua bandar itu terpaksa ditutup.

"Fenomena 'baby boom' iaitu kelahiran bayi luar biasa telah terjadi di kedua-dua bandar itu pada sembilan bulan kemudian," katanya yang dipetik BH Online ketika sewaktu diwawancara dalam segmen Selamat Pagi Malaysia  di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Hamizah berkata, perkara sama boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP ini.
Kredit : thezuriat.com
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sekiranya pasangan bimbang berlaku kehamilan atas pelbagai faktor dan alasan sepanjang tempoh PKP berkenaan, kaedah perancangan keluarga boleh diamalkan.

"Antara kaedah perancangan keluarga yang boleh diamalkan ialah pengambilan pil kontraseptif kecemasan (ECP), penggunaan kondom, suntikan hormon pencegah kehamilan dan pemasangan alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD) serta implan," katanya.-CARI
3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-4-2020 10:06 AM
RIP staf2 yang kena cover keja.
Quote yuki812 6-4-2020 10:29 AM
huntonglah...
Quote shernazz 6-4-2020 10:57 AM
Iols terkecuali yach dari fenomena baby boom ni..
Selamat dah nendapatkan.suntikan.im depo
#mindapositif
Quote Nana_Man 6-4-2020 11:01 AM
Nanti yg dah anak 5-6 tu jgk yg beranak lagi.. lepas tu complain ckp duit tak ckp untk bagi anak makan/sekolah.
Virus ni dijangka akan buat economy merosot, mgkn ramai yg akn hilang kerja. Gitu pun masih nk beranak lagi ke?
Tak perlu kondom/pills pun kalau tk nk pregnant. Bini2 kene lah pandai tau bila waktu subur. Laki pun kene lah tahan nafsu tu.
Quote cmf_premierleag 6-4-2020 11:16 AM
Nana_Man replied at 6-4-2020 11:01 AM
Nanti yg dah anak 5-6 tu jgk yg beranak lagi.. lepas tu complain ckp duit tak ckp untk bagi anak mak ...

true indeed
tp meleis jumud akan cakap anak tu pembawa rejeki
aku tgk sbb covid ni mmg ekonomi meleset dan ramai akan jobless
dan ekonomi akan amik masa yg lama utk pulih semula..ni akak tgk astro awani kamarul bahrin tu.tg zafrul yg kata ms interview dia
jgn la berani2 nk tambah komitmen bagai
Quote sqlite3 6-4-2020 11:19 AM
dalam keadaan orang resah gelisah ni benih jadi tak subur.  so ramalan baby boom ni bagi aku tidak tepat.
Quote adm7 6-4-2020 11:20 AM
Byk lg benda boleh buat.
Buat ibadah sunat,puasa sunat, mengaji, buat kerja2 rumah. Tak kan dlm kepala hotak tu asek seks2 24jam?
Masih ada nafsu nk seks lg dlm keadaan genting dgn kritikal mcm ni?
Quote Al-Patih 6-4-2020 11:45 AM
Nama nama baby lahir sempena PKP:-


SITI CORONAWATI
LOCKMAN LOCKDOWN
COVID SINGH
QUARITINA LIM
VIRUSAN CORONASAMY
Quote manehnya 6-4-2020 12:22 PM
Kalau pempes n Susu pun harapakan bantuan x payah lah nak boom sgt... Cuba2 tahan Dan buang kt luar, tu pun nak kena ajor ke
Quote Nana_Man 6-4-2020 12:58 PM
manehnya replied at 6-4-2020 12:22 PM
Kalau pempes n Susu pun harapakan bantuan x payah lah nak boom sgt... Cuba2 tahan Dan buang kt luar, ...

Ramai yg tak tau.. haha..
Quote Meiizu 6-4-2020 12:58 PM
Kelakar..masing2 bgurau soc med pasal isu ni.
Tapi..tak risau isu kesihatan keee covid everywhere u olssss
Quote Nana_Man 6-4-2020 12:59 PM
sqlite3 replied at 6-4-2020 11:19 AM
dalam keadaan orang resah gelisah ni benih jadi tak subur.  so ramalan baby boom ni bagi aku tidak t ...

Not really tat true.. pasal dorang tgh tertekan dlm hidup miskin pun bole mengandung tak abis2.
Quote Nana_Man 6-4-2020 01:03 PM
cmf_premierleag replied at 6-4-2020 11:16 AM
true indeed
tp meleis jumud akan cakap anak tu pembawa rejeki
aku tgk sbb covid ni mmg eko ...

Kalau yg blm dpt anak, dpt skrg tu i anggap rezeki. Tapi yg skrg pun nk mkn tak ckp, baik jgn lah..
Skrg memang bkn waktu nk tambah commitment. Makan diri nanti.
Quote rosli_nurizzati 6-4-2020 01:48 PM
meluat aku depa dok share gambaq prempuan mengandung ramai2.. konon after pkp pakat nk beranak.. takkan la sbb berkurung nak ngesek all the time.. dah la ekonomi teruk.. nk tmbah comitmen.. pastu melalak dlm medsos bantuan gov tak cukup...  kondom and pills are much cheaper than comitmen susu, pampers, nursery...  kesian anak yang ada.. kena bekorban sbb makpak tak reti pikiaq..
Quote manehnya 6-4-2020 03:06 PM
Nana_Man replied at 6-4-2020 12:58 PM
Ramai yg tak tau.. haha..

Kena amik Tau la, klu idak tahun depan Ada lg headline " bg anak minum teh o ais"
"Bg anak mkn nasik ngan budu"
"Bg anak minum sirap"

Kesian laaa kt budak2... Depa Ada gak nak hidup bahagia...
Quote clarizsa 6-4-2020 03:34 PM
Kalau semudah tu , tak perlulah i nak buat ivf bagai
Menyampah banyak hari nampak berita cmni
Seolah kalau berkurung je asyik pikir mengawan je

Ntah apa2
Quote Nana_Man 6-4-2020 03:41 PM
manehnya replied at 6-4-2020 03:06 PM
Kena amik Tau la, klu idak tahun depan Ada lg headline " bg anak minum teh o ais"
"Bg anak mkn na ...

Sumtimes aku pelik jgk ngan org yg "tak tau" ni.. bodoh sgt ke?
Quote Nana_Man 6-4-2020 03:42 PM
clarizsa replied at 6-4-2020 03:34 PM
Kalau semudah tu , tak perlulah i nak buat ivf bagai
Menyampah banyak hari nampak berita cmni
Seol ...

U buat ivf?
Quote mejaputih 6-4-2020 03:46 PM
yg bakal ramai beranak pinak yg skrg dpt bantuan segala mala & tak fikir pasal keadaan ekonomi...yang selama ni jd biawak hidup...pendatang rohingya...same old same old...

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.074240 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top