CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Covid-19, Pengantin Akad Nikah Guna Tali

6-4-2020 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2588| Komen: 14

Akibat penularan Covid-19, banyak aktiviti terutama berbentuk perhimpunan orang ramai terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Ia termasuklah majlis perkahwinan kerana berisiko tinggi menyebarkan jangkitan wabak maut itu.


Berikutan itu, seorang lelaki di negara jiran menggunakan seutas tali ketika akad nikah.


Kredit foto: Okezone

Menurut Sinar Harian yang memetik Jawa Pos, tali putih sepanjang 60 sentimeter itu digunakan sebagai alternatif daripada bersalaman dengan juru nikah bagi mengelak penularan Covid-19.

Nekad meneruskan majlis perkahwinan, M Ifan Saifudin dan pasangannya, Mifthaul Firdaus mewajibkan semua tetamu termasuk pengantin sendiri untuk memakai topeng muka serta pencuci tangan sepanjang majlis berlangsung di Jombang, Indonesia.


Kredit foto: Jawa Pos


Selain itu, semua tetamu diarahkan duduk pada jarak ditetapkan. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 6-4-2020 06:17 PM
Dekat Malaysia boleh ke akad nikah lagi? Pejabat agama bagi ke?
Quote Tinot7 6-4-2020 06:19 PM
MissVixen replied at 6-4-2020 06:17 PM
Dekat Malaysia boleh ke akad nikah lagi? Pejabat agama bagi ke?

Nikah aritu dibenarkan. Kenduri yg tak boleh. Maka yg mai hanya yg wajib je. Tak sampai 10 org. Skang dgn sambungan pkp, tak pasti.
Quote Orix 6-4-2020 06:28 PM
Salam ajelah lepas akad tu kau celup tangan dalam hand sanitizer setong {:smile
Quote ChildrenOfBodom 6-4-2020 06:31 PM
pakai tali, teringat bila yahudi ultra ortodoks menikah

Quote sapeka 6-4-2020 07:17 PM
Bersalaman tu wajib ka?
Yang penting aqad tu je kan?
Quote AmandaRollins 6-4-2020 07:55 PM
Adik ipar abg patut majlis 21 mac hari tu...tp cancel..even nikah pun cancel...coz family keluarga bakal suami dia xnk ambik risiko travel from ipoh to petaling jaya...sian jgk...dugaan masing2
Quote Leonclay 6-4-2020 09:13 PM
MissVixen: Dekat Malaysia boleh ke akad nikah lagi? Pejabat agama bagi ke?


Selangor dh x bg sbb tok kadi ramai yg positif covid
Quote MadameOnion 6-4-2020 10:05 PM
Aku tgk kat malaysia elok je takyah bertali bagai..macam2 la indon ni
Quote Perawankota 7-4-2020 02:19 AM
MissVixen replied at 6-4-2020 06:17 PM
Dekat Malaysia boleh ke akad nikah lagi? Pejabat agama bagi ke?

Aku sepatutnya nikah 21.3 hari tu.. Kenduri mmg awal2 LG gov x benar kan. Tapi masa tu dh confirm dgn tok kadi, dia kata nikah blh dibuat..
Malam nak nikah tu, dalam kul 10pm, tok kadi call bgtau pejabat agama pahang dah x benar kan sebarang upacara pernikahan dijalankan.. So terpaksa lah postpone x tau smpi bila..
Quote yuki812 7-4-2020 02:27 AM
tu dia...
mmg ikut syarat tul tu..
ada social distance
siap gloves..mask bagai tu hah...

ok..confirm sahhhhh....
9 bulan lagi lahir lah tak covid..sure corona...

hehehehe
Quote GigaMom 7-4-2020 09:04 AM
Perawankota: Aku sepatutnya nikah 21.3 hari tu.. Kenduri mmg awal2 LG gov x benar kan. Tapi masa tu dh confirm dgn tok kadi, dia kata nikah blh dibuat..Malam nak n ...


Alah.. Terpaksalah uols bersabar.
Selamat pengantin baru in advance
Quote Boomibulat 7-4-2020 09:16 AM
Knp perlu guna tali..x blh salam x payah la..bkn syarat sah nikah pun..
Quote Sham143 7-4-2020 09:05 PM
Wah, idea yg bagus ni..
Quote biozipstar 11-4-2020 04:59 PM
kaka iols kawen 15mac. then 18mac ada PKP. sebbaik sompek kawen... kalau idak, tangguh tak tau sampai bila. alhamdulillah 1 lagi, takde sorg pun guest atau fam aku yg pembawa covid, kalau x, mau jadi cluster juga tu. huhuhu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043655 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top