CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Jangan Cari Artis Malaysia Kalau Perlu Bantuan Atau Derma - Adibah Noor

8-4-2020 09:20 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 17245| Komen: 110|Original author: Straya


Kredit foto: alizasara.com

Isu perbalahan di antara netizen dengan artis nampaknya belum ada tanda-tanda akan tamat. Terbaru, pelakon dan penyanyi Adibah Noor menghentam seorang pengguna Twitter selepas individu itu memuatnaik status yang melabelkan artis Malaysia sebagai tiada kualiti dan maruah. 

Pengguna Twitter itu mengatakan bahawa sudah menyampah melihat muka-muka artis bila mereka masuk televisyen!

“Menyampah je tengok muka-muka artis bila diaorang masuk tv! Drama dah la tak ada kualiti cerita pula banyak yang bodoh-bodoh dan menyampah! Buat lawak tapi membosankan, itulah artis-artis Malaysia semua bodoh dan tiada maruah. Puii!!” tulis individu itu.

Kredit: Twitter Adibah Noor


Terasa dengan kutukan individu tersebut, penyanyi Adibah Noor berkata sekiranya begitu, maka selepas ini tidak perlu lagilah berurusan dengan mana-mana artis terutamanya ketika dia memerlukan bantuan atau derma.

“Ok. Tak usah layan lagi artis Malaysia ya. Nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke… pun jangan cari artis Malaysia ok? Babai," tweet Adibah Noor.

Ramai netizen meminta agar Adibah Noor bersabar dan tidak perlu mengambil peduli dengan individu tersebut. Penyampai radio, Haniff Hamzah juga mengatakan agar Adibah Noor tidak perlu layan individu tersebut.

“Kak jangan layan la kak”, tulis Haniff Hamzah.



Kredit foto: Twitter Adibah Noor

Adibah Noor sebelum ini membuka ruangan komen di laman twitternya membenarkan sesiapa yang memerlukan bantuan, untuk mempromosikan perniagaan mereka secara percuma. Ia merupakan satu langkah Adibah Noor bagi membantu para peniaga atas talian.

Terdahulu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), menerusi Instagram menyenaraikan enam permintaan kepada kerajaan yang meminta bantuan khas untuk golongan artis yang disifatkan netizen sebagai tidak munasabah. Cadangan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizan dalam laman sosial dan bertambah hangat apabila Zarina Anjoulie membuat video mendedahkan sikap sebenar segelintir artis yang suka menayang kemewahan.

Bilakah 'perang' antara warganet dan artis akan berakhir agaknya? Golongan artis ini patut berhenti melayan provokasi segelintir warganet dan buktikan mereka bukan seperti anggapan sesetengah orang. Salah satu caranya ialah dengan memberi sumbangan pada perkara yang lebih penting seperti usaha melawan Covid-19. - CARI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 8-4-2020 09:39 AM
Bagi free preview.  Bagi makan pada frontliner.  Bagi makan pada reporter. Bagi makan anak2 yatim. Bagi makan pada gelandangan....



#edisiretisbuatamalanwaktucovid19



Quote Lailerthee 8-4-2020 09:48 AM
Tak habis lg ke isu artis dgn netizen nii
Quote lemak_masin 8-4-2020 09:58 AM
Dah takde kerja sgt kee netizen... cari gaduh plak ngan retiss... Takyah ler gaduh2:. Sapa2 nak mintak bantuan biar ler depa mintakk.. tau ler gomen now nak buat pengiraan nye... pepandai ler uruskan kehidupan sendiri..
Quote Acikgomen 8-4-2020 10:05 AM
MatDeghem replied at 8-4-2020 09:39 AM
Bagi free preview.  Bagi makan pada frontliner.  Bagi makan pada reporter. Bagi makan anak2 yatim. B ...

Yg patut nye retis2 yg tak merempan mintak bantuan mcm si amiza hanger begerak tu kena la hentam ketua seniman deyols si jedjedi pensel ikea tuh
Disbbkan list pemintaan tak masuk akal heshe lah ramai org puih2 kan golongan retis
Padahal ramai je lagi retis yg bagus mcm geng azhan rani beto laki shiera ayob tu ha, bront palarae pun menyampah dgn retis2 sangkak
Eh dah. Hangus kang nasik goreng acik asyik dok layan porem kbai
Quote monsterwife 8-4-2020 10:12 AM
Adibah ni memang kuat sentap kan
Quote ckenj 8-4-2020 10:13 AM
ok kak adibah...
Quote singajantan 8-4-2020 10:13 AM
Adibah noor ni bukan penyokong kuat Pakatan Hancing ka
Quote msrosse 8-4-2020 10:20 AM
Selama nih rakyat msia carik retis ke klu hidup susah? Bongok much!
Quote kibodwatriuh 8-4-2020 10:22 AM
Edited by kibodwatriuh at 8-4-2020 10:24 AM

Hekeleh, macam orang mmg cari retis untuk bantuan selama ni.

Yang biasa, retis cari bantuan rakyat adalah minta derma sana sini bila sakit, tua ke hapa.
Quote kibodwatriuh 8-4-2020 10:22 AM
Dibah Nour ni memang forever bodoh perasan bijak. Puih

Setaralah geng-geng dia yang lain tuh.
Quote biozipstar 8-4-2020 10:23 AM
pulak dah kak dibah ngape gitu.... haha... ada sesetengah netz kan memang mcm tu. kehkeh. tapi aku rasa sbb RM0 boring bebonar, semua tweet dibacanya
Quote kibodwatriuh 8-4-2020 10:25 AM
Dibah Nour juga dulu merempan orang guna retis sebab katanya perkataan retis tuh takdak dalam kamus. LOL
Quote missus_meow 8-4-2020 10:32 AM
Edited by missus_meow at 8-4-2020 10:35 AM

alah, x abes lg ke ....
Quote bungarose 8-4-2020 10:39 AM
Tak pernah lagi ler seumur hidup kalau susah, iols n family sanak sedare meminta pertolongan retis
Aper hebat sangat ker retis sampai kena buat statement cenggituh
Quote Knowlee 8-4-2020 10:51 AM
selama ni tengok, fundraising tanpa bantuan retis pun boleh dapat berpuluh-puluh ribu jugak.
Quote kucingitam 8-4-2020 11:02 AM
so retis2 pun jangan hadap bantuan netizen bila dah tua takdak duit sok ye..
Quote HaikalKee 8-4-2020 11:21 AM
Pendapat aku la, aku tak setuju dgn dua2 statement adibah and netizen twitter tu. Sebab selama aku hidup ni, ade je drama, telefilem Malaysia yg bagus. Yg buat onar tu berapa persen je, tpi yg ko nak hentam sampai semua buat apa.
Quote Kurex 8-4-2020 11:34 AM
Tak mati pun kalau takde retis malaysia...{:give
Quote amyza82 8-4-2020 11:37 AM
Acik debab ni mmg sejenis kuat sentap n perasan bagus.
Ingat lagi dia sentap bila orang panggil dia puan sedangkan dia belum kawin
Penyokong kuat pakatan hancing 30 ringgek.

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061011 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top