CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rupanya Ini Kisah Sebenar Jemaah Tabligh Positif Covid-19 Ludah Penumpang Dalam Keretapi Di Thailand

7-4-2020 12:45 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4918| Komen: 7



Berita kematian seorang penumpang lelaki dalam kereta api di Bangkok di mana mangsa kemudiannya disahkan positif COVID-19 hangat diperkatakan di negara jiran malah turut mendapat perhatian media dari Malaysia. Dikatakan beliau telah difitnah meludah inidividu lain sebelum maut.

Kredit foto: Daily Star

Menurut pengguna Facebook, Ali Russia, kenyataan dari sebuah artikel telah menuduh Arwah Tuan Haji Zakaria Bin Yahya atau Anon Sahoh, 56 meludah ke muka individu sebelum maut di dalam kereta api.

Walau bagaimanapun, menerusi video yang tular tiada perbuatan meludah dilakukan. Malah pihak yang terlibat dengan kejadian turut menafikan bahawa arwah meludah ke muka mangsa sebelum menaiki kereta api.


Kredit foto: Astro Awani

Perkara ini turut dijelaskan oleh netizen yang juga merupakan kenalan rapat kepada mangsa yang meninggal dunia itu di mana dakwaan itu adalah tidak benar.

Berikut adalah kiriman asal yang dibuat di Facebook mengenai penafian itu serta latar belakang mangsa yang sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat baik dalam kalangan kenalannya.

Loading FB Post...

Menurut Mohd Nasar lagi, pihak media di Thailand juga telah menyiarkan pengakuan seorang lelaki yang berada di dalam gerabak sama yang menjelaskan dia tidak diludah.

Mangsa sebelum ini adalah merupakan seorang jemaah tabligh dan pernah memaklumkan padanya sebelum berangkat ke Pakistan pada awal Februari lalu untuk melakukan kerja dakwah di sana.

Loading FB Post...

Mangsa  telah menjalani ujian saringan di sana dan sekiranya beliau disabitkan dgn COVID-19 ini, tidak sepatutnya beliau terlepas di lapangan terbang sehingga menaiki kereta api ke Golok dari Bangkok.

Malah dia juga berpendapat ada kemungkinan mangsa juga tidak mengetahui beliau dijangkiti virus tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehinya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-4-2020 12:58 PM
Aku dah pangkah tabligh yg jenis pentingkan diri dan karut.. harap ada tabligh yg jenis tak macam tu
Quote sharlenetexas 7-4-2020 01:15 PM
Sama batch MRSM dengan Mukhriz Mahathir ke?
Quote CatMiow 7-4-2020 01:23 PM
Kan dah maklum,  yang virus ni pandai main sembunyi2 hari ni negatif,  dua tiga hari positif,  Lepas bagi ubat negatif, pas tu positif pula..  Kalau bukan sebab main sembunyi2 mungkin tool kit belum lagi accurate sangat.

Rasanya bukan meludah tu,  dia batuk sampai tersembur sikit...  Tak senang duduk,  sebab dia dah attack sistem pernafasan,  dan arwah pun ada masalah jantung...

Lihat la betapa bahaya virus ni,  nak meninggal pun sengsara....

Takziah buat keluarga mangsa.
Quote Leonclay 7-4-2020 01:52 PM
Org yg berada ditempat kejadian menafikan..tetiba org yg dtg dari planet mn tah buat fitnah..skrg, tuan haji tu dh meninggal..si Pemfitnah x sempat minta maaf..menjawab la ko nnt..
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin..amin
Quote Tinot7 7-4-2020 02:36 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Takziah kpd keluarga
Quote Artemesiaa 8-4-2020 02:50 PM
Macam2 versi cerita timbul tak tahu yang mana betul bila banyak gossip mengenainya
Quote Xim 10-4-2020 08:05 PM
Yg kecam tu pn penganggur...atheist plak tu....x serik2 kena denda haritu....mrayu sumbangan....

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/525869/penganggur-didenda-rm5000-hina-nabi-muhammad

AKIBAT memuat naik hantaran jelik bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, seorang penganggur didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zahrein Zakariah, 37, selepas dia mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan melalui aplikasi Facebook miliknya.


Mengikut pertuduhan, Mohd Zahrein dengan secara sedar didakwa telah memulakan penghantaran menggunakan laman Facebook, membuat komunikasi jelik yang mengandungi antaranya perkataan yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Hantaran yang dibuat dengan niat untuk menyakiti hati orang lain itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, pada 9.30 malam, 8 Julai lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara yang boleh sampai satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu, peguam LA Gomes memohon mahkamah mengenakan hukuman rendah berbentuk denda minimum atas alasan anak guamnya sudah insaf, selain berjanji tidak akan memuat naik hantaran bersifat jelik di masa akan datang.

“Anak guam saya memuat naik hantaran itu kerana ingin memulakan perbincangan di media sosial dan sekarang telah dipadam,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abdul Hadi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan penduduk di Malaysia agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika ingin menyuarakan pendapat di media sosial.

“Hantaran yang dibuat telah dibaca oleh ribuan orang dan telah mendatangkan kemarahan kepada umat Islam di negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 1:53 PM

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.086575 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top