CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Sangka, Nenek 104 Tahun Sembuh Dari Covid-19

7-4-2020 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2546| Komen: 12

Menakjubkan, seorang pesakit wanita berusia 104 tahun dilaporkan sudah sembuh dari Covid-19 sekaligus menjadikan dia sebagai pesakit paling tua yang berjaya pulih.

Memetik laporan NYPost, Ada Zanusso jatuh sakit di rumah jagaannya di Biella, utara Itali pada 17 Mac lalu.

Warga emas ini disahkan mengidap wabak Covid-19 selepas dia didapati mengalami gejala seperti muntah, demam dan kesukaran bernafas.

Kredit foto: Nypost


Ditambah dengan faktor ramai penghuni rumah penjagaan itu yang dijangkiti wabak berkenaan, membuatkan anaknya Giampiero mula mengesyaki ibunya dijangkiti wabak tersebut.

Namun, selepas dimasukkan ke hospital, doktor yang merawat nenek ini berkata keadaannya semakin menunjukkan kemajuan dari masa ke masa.  


"Saya lihat dia bangun dan tidak baring di atas katil. Dia boleh berjalan lagi.

"Dia dikurniakan kesihatan dan kecergasan. Pemulihannya adalah berita gembira buat kami di sini.

"Ia petanda yang baik dan memberi harapan untuk kita semua melihat lebih ramai mengalami jangkitan Covid-19 pulih seperti sedia kala termasuk berada di Unit Rawatan Rapi," katanya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 7-4-2020 02:37 PM
wow

ambik serum dia cepattttttt!!!!

wow
she must have survived the Spanish flu pandemic period kan?


eh patut kaji depa punya gene yg coding for the immune system

patut  kaji baka genetik depa '
Quote Tinot7 7-4-2020 02:46 PM
Tahniah nenek.. haruslah bitau dunia apa rahsia kesihatan nenek ye
Quote sharlenetexas 7-4-2020 02:54 PM
Anaknya Giampiero umur berapa?
Quote awanearisu 7-4-2020 03:05 PM
Boleh kawan dengan veteran perang U.S. yang lebih kurang sebaya dan sembuh dari Covid-19. DNA mereka pastinya antara yang terbaik dari segi pertahanan badan.
Quote kelapaparut 7-4-2020 03:06 PM
org kate covid dr italy ni lg ganas dr covid china atau covid negara asia lain, xsangke acik 100thn ni leh survive
Quote Covid19 7-4-2020 03:07 PM
Kalau belum ajal.....
Quote awanearisu 7-4-2020 03:08 PM
Screenshot_20200407_150629.jpg

Sumber:
https://www.sciencedaily.com/releases/2016/03/160301074240.htm
Quote TravellingBear 7-4-2020 03:16 PM
kelapaparut replied at 7-4-2020 03:06 PM
org kate covid dr italy ni lg ganas dr covid china atau covid negara asia lain, xsangke acik 100thn  ...

5 kematian dlm 1 family terus... dasattt
Quote Artemesiaa 7-4-2020 03:19 PM
Pasti beliau punya immune system yang kuat dan tak ada sakit kronik.
Quote TravellingBear 7-4-2020 03:19 PM
sharlenetexas replied at 7-4-2020 02:54 PM
Anaknya Giampiero umur berapa?

Org zaman dulu2 kan kawen awal. Kalau dia kawen umur 14, anak (sulung) mungkin umur 90 tahun hehee
Quote awanearisu 7-4-2020 03:21 PM
Kisah yang sama, tetapi berlainan benua.

Screenshot_20200407_152001.jpg

Sumber: https://www.cnn.com/2020/04/03/u ... day-trnd/index.html
Quote asma87 7-4-2020 04:32 PM
Rejeki ....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.215268 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top