CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Usahawan Muda Ini Tampil Bantu Bayar Denda Gadis Hina Polis, "Harap Beri Peluang Baiki Kesilapan"

8-4-2020 11:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9531| Komen: 46


Ingat lagi tak kisah seorang gadis pembantu kedai yang dikenali dengan nama Nursahira Mohd Mizuar yang menghina pihak polis di laman media sosial pada 27 Mac yang lalu? 

Umum pasti sudah tahu bahawa  beliau telah dijatuhkan hukuman denda RM10 ribu dan 3 bulan penjara oleh Mahkamah Alor Setar, Kedah selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.


Kredit foto: Ihsan pembaca Facebook

Lebih malang, beliau kemudiannya dikatakan gagal membayar denda berkenaan lalu dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman penjara selama lima bulan.

Bagaimanapun, Nursahira bagaikan diberi peluang kedua apabila hadir seorang hamba ALLAH bernama Muhammad Azlan Al-Amin untuk membayar denda dan memohon ikat jamin.


Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan Al-Amin

Muhammad Azlan, seorang usahawan muda sanggup datang dari jauh semata-mata untuk proses permohonan ikat jamin dan bayaran denda serta rayuan kes tersebut agar Nursahira dapat dibebaskan.

Beliau berkongsi kisah itu melalui Facebook miliknya dan ia tular di media sosial.

Loading FB Post...

Menurut Azlan lagi, beliau tidak merestui kesalahan yang dilakukan remaja itu, dan berharap remaja tersebut diberi peluang melalui proses rayuan ini untuk beliau memperbaiki kesilapan seterusnya membina kehidupan yang lebih baik pada masa depan.

Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan Al-Amin

Walau bagaimanapun, Mahkamah Seksyen menolak permohonan untuk penggantungan hukuman sementara menunggu proses rayuan. Jadi langkah seterusnya adalah membuat permohonan rayuan di mahkamah tinggi dalam tempoh terdekat ini. 

Kredit foto: Facebook Muhammad Azlan Al-Amin

Kelihatan ayah kepada tertuduh yang tidak dapat menahan sebak di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Alor Star usai mendapat keputusan mahkamah tersebut.

Dengan doa dari ibu bapa tertuduh serta orang ramai, semoga permohonan rayuan di mahkamah tinggi mendapat perkhabaran gembira untuk Nursahira dan keluarganya. - CARI 

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-4-2020 11:32 AM
Orang macam ni tak payah tolong la
Quote sharlenetexas 8-4-2020 11:39 AM
Adik muda lagi. Semoga dapat pengajaran. Nasib baik ada orang tolong. Jadilah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.
Quote sharlenetexas 8-4-2020 11:41 AM
Kesianlah kat mak ayah tu dik.
Quote CinnamonR 8-4-2020 11:46 AM
Yela...tgk pn bdk tu mcm x matang lg..umo baru 20..jenis cakap lepas x pkir akibat
Quote Boomibulat 8-4-2020 11:46 AM
Semoga di ambil jad isteri..
Quote krustykrab 8-4-2020 11:46 AM
Bengong...pi la tolong budak lelaki miskin yg kuar kedai beli megi jap tu...yg tolong ostrich ni buat pe...ko minat dgn dia ke
Quote GigaMom 8-4-2020 11:49 AM
Dh tgok pic mak ayah dia sblm ni
Tp skg masih tetap sebak tgok blk pic ni
Syukur sangat2 d masa muda x penah jadi anak yg buat mak ayah susah...
Quote bakingsoda 8-4-2020 11:55 AM
lagi baik tolong budak beli megi tu dri budak celupar ni
Quote missinpiece 8-4-2020 12:03 PM
Sanggup tgk mak ayah sedih2 mcm tu. Cuba la jadi org berguna sikit dik oii
Quote Ladybird910 8-4-2020 12:04 PM
Aku lagi tak setuju dan pelik tengok kegigihan usahawan ni bantu bdk ni..walhal di besut ada ramai lagi fakir miskin yang boleh dibantu dgn 10k tu..
Quote Miss.H 8-4-2020 12:31 PM
Kalau doktor gigi fake boleh di beri peluang ke dua,  apatah lagi budak ni. Apa yang dia buat memang salah,semoga dia dah menyesal dengan perbuatan dia.
Semoga di permudahkan urusan budak ni
Quote chicozinn 8-4-2020 12:56 PM
Ladybird910 replied at 8-4-2020 12:04 PM
Aku lagi tak setuju dan pelik tengok kegigihan usahawan ni bantu bdk ni..walhal di besut ada ramai l ...

Cinta sesama manusia la kaka lady..cer baca balik kt fb dia atas tu.

Plot twist : meollss syak dia mmang ade ati kat budak pmpuan tu..huhu
Quote gigahertz 8-4-2020 01:03 PM
Ladybird910 replied at 8-4-2020 04:04 AM
Aku lagi tak setuju dan pelik tengok kegigihan usahawan ni bantu bdk ni..walhal di besut ada ramai l ...

yang kat besut tu mana nak viral. yang ni tengah viral. cuba tengok betul betul yang menolong tu pun
usahawan. maksudnya ada perniagaan. perniagaan apa ? jeng jeng jeng
Quote KIM.K 8-4-2020 01:20 PM
gigahertz replied at 8-4-2020 01:03 PM
yang kat besut tu mana nak viral. yang ni tengah viral. cuba tengok betul betul yang menolong tu p ...

Maksud you?
Dia jual braces ke whitening powder
Quote felinecat 8-4-2020 01:24 PM
baik tolong pelajar yg xde duit bayar yuran.haizzz.ntah la rezeki masing2
Quote Ladybird910 8-4-2020 02:16 PM
chicozinn replied at 8-4-2020 12:56 PM
Cinta sesama manusia la kaka lady..cer baca balik kt fb dia atas tu.

Plot twist : meollss syak ...

Jodoh pandang pertama macam aura 19 ke chuolsss?
Quote potpetpotpet 8-4-2020 03:16 PM
Bila tgk mak ayah dia rasa kesian, tapi i baca berita budak ni langsung tak rasa bersalah. Sebab tu hakim jatuh hukuman macam tu. Langsung tak say sorry. Meme keras kepala ego melangit budak ni.
Quote BoongaKertas 8-4-2020 03:24 PM
Ladybird910 replied at 8-4-2020 04:04 AM
Aku lagi tak setuju dan pelik tengok kegigihan usahawan ni bantu bdk ni..walhal di besut ada ramai l ...

iols setuju. hahaha! mmg berat hukuman tu tp shes 20yo kottttt. dah mmg patut bertangggjwb dgn semua tindakan yg diri sendiri ambik. tp tulah, sayu tgk parents dia. tapi stilllll....iols x setuju dia tolong. baik labur duit tu miskin yg memerlukan lebih dari budak ni


but again, its his money kan
Quote Ladybird910 8-4-2020 03:31 PM
BoongaKertas replied at 8-4-2020 03:24 PM
iols setuju. hahaha! mmg berat hukuman tu tp shes 20yo kottttt. dah mmg patut bertangggjwb dgn sem ...

She has no remorse, no sign of repentant and no apology givenn..EVER!

4 me adan uke jekk!

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.066871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top