CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Sebelum Ni, Saya Terlalu Ikut Perasaan, Macam Orang Takda Iman"- Nonny Nadhirah

8-4-2020 12:45 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7507| Komen: 26



Selebriti, Nonny Nadhirah berkongsi mengenai situasinya ketika menghadapi penceraian. Walaupun pada mulanya dia enggan mengungkap cerita lama namun disebabkan banyak DM diterimanya mengenai penindasan wanita, dia terpanggil untuk memberikan beberapa tip penting.

Dalam sebuah entri beserta video yang telah dipadam, Nonny menyatakan yang dia cuma menyimpan rahsia ini seorang diri selama ini. Dalam masa sama, perlu berhadapan dengan masyarakat kerana tuntutan kerjaya membuatkan beban dirinya rasa tidak tertanggung. Namun, dicekalkan juga menghadapi takdir itu.

"Pagi kena perform, petang semalam baru kena cerai, korang rasa?"


IG

IG

Mengulas lanjut, Nonny menjelaskan yang dia juga tidak sekuat seperti para pengikutnya sangka. Malahan banyak kali dia terlalu mengikut perasaan ketika menghadapi musibah itu, namun berkat doa orang sekeliling, dia mampu menghadapinya dengan bantuan mereka terdekat.

"Gais, aku tak layak nak bagi korang advice sebab aku pun failed. Aku pun sama macam korang. Aku tak kuat."

IG

Bagaimanapun Nonny tetap memberikan beberapa panduan seperti jika berlaku lafaz cerai di luar mahkamah, perlu rujuk di pejabat agama berdekatan dan menuntut hak serta nafkah anak melalui saluran sah.

IG


Malahan Nonny turut menasihatkan setiap individu menjaga emosi dan berbaik sangka dengan Yang Maha Esa. Semua pendekatannya adalah ke arah kebaikan supaya diri sendiri tidak merana.

IG

Memang bukan mudah melalui penceraian yang kita sendiri tidak tahu puncanya, lagi-lagi perkahwinan yang dibina setelah bercinta selama sembilan tahun. Terdahulu, Nonny pernah mendedahkan antara punca perpisahan dengan bekas suaminya adalah kerana sihir pemisah namun kemudiannya dia menafikan perkara itu. Cerita itu hanyalah perkongsian dari ceramah dari Datuk Seri Ustaz Suhaimi Rozali dan tidak mengiakan itu punca mereka.

Apa pun, perkara yang baik dikongsikan adalah lebih penting kerana tanpa benteng iman, pasti wanita yang bercerai akan kehilangan arah dan hala tuju. Buat Nonny Nadhirah, semoga yang baik-baik sahaja ya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-4-2020 12:57 PM
K               
Quote lasagna 8-4-2020 12:57 PM
smoga sheol tabah dam kuat skrg..
xperlu lah tau punca perpisahan ni, hope dia bleh move on.
Quote KIM.K 8-4-2020 01:09 PM
Stay strong nonny
I pun setuju kalau bercerai rahsiakan dulu sehingga beberapa tahun esp di tempat kerja. Anggap je hal peribadi dan privacy
Quote cucuq 8-4-2020 02:22 PM
baik nony..tq
Quote wirazam 8-4-2020 02:47 PM
Lawa dia nih..Rupa dah mcm Janna nick..tp taktau nape X famous amos
Quote flyzpiz 8-4-2020 02:54 PM
For me dia ni berlakon okay gak
Quote julielapadite 8-4-2020 04:00 PM
Kenot la dgn menangis dlm gambar  {:yameteh
Quote beatgirlX 8-4-2020 04:03 PM
Noni ni antara peserta AF yg lawa.
Quote belilies 8-4-2020 04:17 PM
Iols suka tengok muka dia ni. {:childlike sheols blakon pun best {:childlike
Quote Esel768 8-4-2020 10:21 PM
Cantik la nonny ni.. Akak suka time nonny free hair dulu
Quote dudaberhias 8-4-2020 10:37 PM
wirazam replied at 8-4-2020 02:47 PM
Lawa dia nih..Rupa dah mcm Janna nick..tp taktau nape X famous amos

senang je jawapannya sis...

sebab kahwin awal
any retis yang kahwin memang terus menjunam mengalahkan graf covid 19

sheolsss memang bagus lakonan drama dulu jadi pompuan jahat...
memang lawa pun...
Quote TerataiMelur02 8-4-2020 10:48 PM
Lama ke dia kawin? Tak pe la nonny.. Bangkit n mendoniaaa la kembali. Rupa ada, bakat pun ada.
Quote boojaat 8-4-2020 11:02 PM
I dulu pernah putus tunang, hari2 menanggis mcm org mati laki.. kat tmpt kerja tahan jer nak nanggis.. balik kerja terus banjir. Ini lagi la bercerai... I feel u nonny.. stay strong stay safe
Quote RatuDunia94 9-4-2020 12:40 AM
Mmg kena begambor acah2 candid ketawa sambil tutup mata dgn tgn ke?
Quote Xim 9-4-2020 12:43 AM
Cantik nonny ni....dulu mase af x prasan plak dia....ke aku dah start boring dgn af mase tu....sygnye jodoh x pnjg....dulu kate buatan org...btw kalau dia jns mudah trgoda ni slp2 alep ajis dah usha dia dah....nsb baik la dia jns tegas....
Quote supernaturalee 9-4-2020 12:52 AM
RatuDunia94 replied at 9-4-2020 12:40 AM
Mmg kena begambor acah2 candid ketawa sambil tutup mata dgn tgn ke?

Haha...tu lh
1st pic ok
Then scroll lg
Eh, same pose

Hmmm je lh
Quote awenda507 9-4-2020 12:53 AM
Moga dijodohkn dgn yg terbaik.amin
Quote CinnamonR 9-4-2020 07:34 AM
Cantik2 pun kena cerai...
Quote Managerara 9-4-2020 07:42 AM
dudaberhias replied at 8-4-2020 10:37 PM
senang je jawapannya sis...

sebab kahwin awal

Woi graf covid mencanak naik bukan menjunam jatuh hahaha

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053711 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top